Gara-gara menyimbah peluntur ke dalam bilik air untuk membersihkan ruang itu seorang isteri mengalami peristiwa menakutkan bila mana suaminya rebah dan tidak boleh bernafas.
Suami yang menggunakan peluntur dicampur pencuci mozek kemudian menutup pintu bilik air berdepan dengan reaksi bahan kimia tersebut apabila mengalami muntah, batuk, tidak boleh bernafas dan rebah dengan mulut berbuih.
“Dia batuk tak berenti, muntah-muntah datang depan dengan muka pucat tak boleh nafas. Dia terbaring senyap, ingat tidur rupanya collapse dan mulut berbuih teruk
Gas reaksi dari bahan pencuci tu penuh dalam dada dia,” cerita Hana Hana Mashitah tentang kejadian yang berlaku kepada suaminya.
Hampir 15 minit dalam keadaan demikian barulah suaminya sedar dan kembali pulih (klik SINI untuk baca posting beliau).
Pengajaran dari kisah ini, jangan ambil mudah tentang penggunaan peluntur atau bleach apa jua jenama untuk membersikan kediaman.
Kita memang selalu menggunakannya untuk bersihkan bilik air kerana mudah membersihkan kotoran tapi kena tahu cara betul menggunakan bahan kimia ini. Penggunaan tak mengikut arahan boleh bawa mudarat.
Sebagai panduan daripada kisah tersebut, Puan Dinas Elmi,bekas jurutera yang pernah mempelajari bidang chemical engineering berkongsi tip penggunaan peluntur ini dengan betul di rumah.
Tolong lah guna semua jenis pencuci ikut saranan pengeluar.
Jangan sesuka hati campur-campur bahan pencuci melainkan anda seorang chemist dan tahu berapa kadar dan apa reaksi setiap bahan kimia.
Pencuci mozek botol coklat tu biasanya mengandungi asid. Clorox pulak (nama brand. Secara amnya kita panggil peluntur/bleach) mengandungi sodium hypochlorite (NaClO).. Bila dua ini bersatu, gas klorin akan terbebas.
Gas klorin campur air dia jadi hypochloric+hypochlorous acid. Short exposure pada gas klorin even pada paras rendah boleh sebabkan kerengsangan pada mata, tekak, hidung. Batuk, sukar bernafas, mata berair pedih. Higher level akan jadi macam dalam kisah suami Puan tersebut sesak dada, tak boleh nafas langsung, mulut berbuih, pengsan.
Untuk penggunaan bahan peluntur ini tolong buka tingkap & pintu bilik air. Pakai selipar dan sarung tangan untuk elak direct contact pada kulit. Saya pakai dust mask (N95, no leakage tutup keliling hidung/mulut, bukan mask disposable yg biasa pakai hari-hari tu).
Hanya guna untuk kotoran degil
Biasanya kalau dah sembur satu bilik air, concentration dia mmg akan tinggi. dan full PPE termasuk goggle akan saya perlukan sebab rasa mata pedih. Jadi saya selalu hadkan penggunaannya untuk yang betul-betul stubborn stain akibat kulat.
Rule of thumb saya guna untuk cucian biasa, semburan pada luas kawasan kurang dari 1 meter persegi. Sebab leceh nak cuci bilik air kena pakai FULL PPE pulak. Kalau perlu sembur lebih memang akan spend time pakai PPE. I value my life.
Important key points:
✅ JANGAN CAMPUR-CAMPUR pencuci
✅ Bleach perlu pencairan (tambah air) ikut sukatan arahan pengeluar
✅ Guna ikut aturan pengeluar
✅ Pengudaraan penting!
✅ PPE, PPE, PPE. Gloves & selipar setiap penggunaan. Bila nak handle pada konsentrasi tinggi tambah extra goggles & mask.
✅ Jangan BERLAGAK HERO walaupun tubuh badan dah tunjukkan tanda amaran (pedih mata, pedih tekak).
Bila badan mula rasa tanda amaran itu, terus keluar dari bilik air. Biar pintu bilik air terbuka dulu, tinggalkan setengah jam dan beritahu semua ahli keluarga jangan masuk dulu bilik air atau diri dekat pintu bilik air.
Next round nak masuk, pakai PPE dan terus pancut dengan air. Jangan sibuk-sibuk nak berus. Bagi dilute semua dulu baru berus. OKAY?
Sumber : Hana Mashitah & Dinas Elmi