Selalu ayam bahagian dada yang penuh dengan isi tak berapa laku di rumah. Kebanyakan suka ‘part’ yang ada tulang-tulang.
Biasanya supaya tak membazir kita potong kecil isi ayam ini dalam buat rencah bila masak nasi atau mi goreng.
Tapi selain buat rencah begini, boleh juga cuba idea dari Fdlah Ila ini. Bahagian isi ayam ini jadi menu ayam masak halia. Katanya olahan ini memang cepat saja licin bila hidang. Cara membuatnya juga turut dikongsi Fdlah Ila.
Isi ayam buat ayam masak halia, confirm cepat licin
Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis.
Bahan-bahan:
-Isi ayam – dihiris nipis
-Cili kering – dipotong
-Bawang merah – belah 6
-Bawang putih -dicincang
-Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap)
-Sos tiram
-Serbuk lada hitam
-Sedikit tepung jagung
-Daun bawang -dipotong
NOTA: Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam
Ads
Dalam botol tu bukan mayonis ya, itu tepung jagung
Cara membuat
1. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak sama goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris tadi. Bila dah sedikit layu terus angkat. Ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam seketika dan masukkan sedikit air. Renehkan seketika.
Ads
4. Selepas itu masuk sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan semula cili kering, bawang dan halia yang ditumis.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Kepekatan ikut citarasa.
Ads
6. Perasakan dengan garam dan kacau rata. Sebelum tutup api masukkan daun bawang.
Biasa tanam daun bawang dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur.
Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.
Cara penyediaan
Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.
2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.
3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.
4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.
5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
Kunyit hidup memang sering kita gunakan dalam masakan, begitu juga dengan daunnya. Berbaloi sangat kalau kita tanam pokok kunyit ini sekitar rumah.
Tak perlu kawasan luas pun, dalam pasu pun boleh. Tapi sebelum tanam pokok kunyit ini cambah dulu benihnya. Cara mudah boleh ikut kaedah yang dikongsi oleh Razak Adom.
Cara menyemai benih kunyit
1. Pilih isi-isi kunyit yang bermata tunas untuk disemai (boleh guna kunyit yang dibeli di kedai runcit atau pasar).
2. Alas bekas dengan 2 lapisan kertas surat khabar.
3. Susun isi kunyit dalam bekas tersebut.
4. Tutup bahagian atas benih dengan 2 lapis surat khabar yang basah.
5. Letak di tempat gelap. Boleh letak dalam almari, kotak atau bungkus dengan kain. Jangan tutup terus nanti benih busuk.
6. Periksa selepsa 2 minggu. Keluarkan benih yang dah bertunas panjang ( lebih 1 1/2 inci), semai dalam polibeg.
7. Tunas yang masih pendek/belum tumbuh, masukkan semula dalam bekas. Basahkan lagi surat khabar penutup. Sambung proses pengeraman.
8. Periksa lagi selepas seminggu. Begitulah seterusnya sehingga semua benih mengeluarkan tunas. Buang benih yang busuk/buruk.
Anak keluar bermain petang-petang kemudian balik dengan seluar penuh melekat kemuncup. Ini memang boleh jadi salah satu punca kemarahan kaum mak-mak.
Kalau sikit tak jadi hal tapi kalau banyak sampai penuh kaki seluar memang akan jadi masalah. Nak cabut satu-satu memang leceh. Jika tak dicabut, memang seluar takkan selesa dipakai.
Disebabkan ini ada juga yang terus masukkan seluar yang penuh dengan kemuncup dalam tong sampah sebab tak sanggup nak cabut satu-satu.
Ikut trik ini!
Kalau berlaku lagi kejadian anak balik dengan seluar penuh kemuncup jangan buang sebaliknya ikut tip dikongsi oleh Nur Salina Mohtar yang memperoleh idea ini dari netizen selepas berkongsi masalahnya di media sosial.
1. Cara pertama boleh saja cabut satu-satu tapi kalau banyak cara ini akan ambil masa.
2. Boleh juga kikis guna pisau tapi cara ini sama, memakan masa sebab tak semua kemuncup akan tertanggal bila dikikis.
3. Ataupun boleh guna kaedah yang lebih mudah, guna sellotape saiz besar! Caranya ambil sellotape/tape kemudian lekatkan pada kaki seluar yang penuh dengan kemuncup. Selepas itu tarik, kemuncup akan melekat pada sellotape.
Cara ini lebih jimatkan masa daripada cabut satu-satu.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...