Kalau Jari Tertusuk Duri Atau Selumbar, Rendam Dengan Air Bancuhan Ini. Senang Keluar, Tak Sakit Langsung

Share

Kebanyakan kita pasti ada pengalaman jari tertusuk selumbar atau duri halus yang susah dikeluarkan. Kecil saja pun tapi sakit.

Jika dibiarkan boleh bengkak. Dek kerana saiznya yang kecil dan melekat pada kulit ia mungkin susah dikeluarkan menggunakan pengepit kuku.

Sebenarnya ada cara mudah  tanpa sakit yang boleh kita praktikkan untuk mengeluarkan duri atau selumbar ini. Tak perlu cungkil, atau pengepit kuku pun. Dengan teknik ini duri halus akan keluar sendiri. Panduannya diberikan oleh Rose Ramli.

Petua mudah keluarkan duri atau selumbar tertusuk pada jari

Petua yang baik kena kongsi. Baru-baru ini sewaktu menanam tiba tiba jari terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.

Selepas 2 ke 3 hari, jari dah mula bengkak sakit. Saya pun cari di YouTube cara untuk keluargkan duri/selumbar. Ini caranya;

1. Ambil semangkuk air suam dan campur dengan garam. Letak 3 sudu kecil (KFC) kemudian rendam jari. Sambil-sambil tengok TV.

2. Lebih kurang 30 minit keluarkan jari dan picit bahagian tertusuk duri selumbar. Bila picit, duri terus meluncur keluar, langsung tak sakit. Sebelum ini saya memang ada picit untuk keluarkan namun berjaya dan sakit pulak tu.

Alhamdulillah petua ini berjaya.

Semoga bermanfaat

Sumber: Rose Ramli

Published by
VK