Kalau korang pengguna kad debit Maybank, cuba check tarikh expired kad. Kalau dah hampir dengan tarikh expired boleh terus tukar.
Nak tukar pun dah senang, kalau dulu kena buat appointment dan beratur, sekarang lebih mudah. Dah ada kiosk untuk buat urusan ini dan tak perlu dah habiskan masa yang lama di bank untuk urusan tukar kad debit yang expired. Cara nak tukar di kiosk pun mudah.
1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai Kiosk Kad Debit (rujuk senarai di bawah).
2. Pergi ke Kiosk di bahagian ATM bank dan pilih Bahasa.
3. Masukkan kad debit yang ingin ditukar dan masukkan no. pin.
4. Pilih jenis / corak kad baharu yang diinginkan.
5. Letakkan Kad Pengenalan (MyKad) ke dalam mesin. Selepas itu imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin).
6. Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.
7. Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.
Boleh juga tonton video perkongsian @znaed ini;
@znaedmesin tukar debit kad♬ bunyi asal – znaed🇲🇾🇲🇨🇧🇳
Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan mesin ini, bolehlah pergi ke lokasi-lokasi di bawah :
Sumber: Mysumber