
Rasanya ramai yang mengalirkan air mata bila melihat video ini. Bagaimana seorang anak muda cuba menggembirakan hati ibu pada hari jadi ibunya yang ke-63.
Sambil memegang hadiah berupa gelang tangan pemuda bernama Muhammad Ameen ini merakamkan hasrat hatinya ingin memberikan hadiah tersebut pada ibu tersayang.
Malah dia turut merakam momen ketika menghadiahkan gelang tangan tersebut pada ibu yang situasinya cukup menyentuh hati.
Dalam video berdurasi enam minit itu, turut kedengaran reaksi ibu yang bertanya harga gelang yang dihadiahkan.
Namun paling membuatkan hati sebak bila si ibu menyampaikan pesan agar solat lima waktu jika benar dia sayangkan ibu pada penghujung video sambil memeluk anaknya.
Video Muhammad Ameen ini telah mendapat 12 ribu perkongsian daripada netizen di Facebook yang rata-rata tersentuh hati dan mengalirkan air mata melihat layanannya kepada ibu tersayang.
Netizen yang menonton video ini turut mendoakan kemurahan rezeki Muhammad Ameen dan juga ibunya. Menarik dan lucu ramai juga yang menyatakan ini adalah antara ciri calon suami yang harus dicari oleh gadis sekarang.
Dalam pada itu ulas Muhammad Ameen video ini bukanlah untuk mencari publisiti, ia hanya untuk memberitahu betapa pentingnya membahagiakan ibu sebelum membahagiakan orang lain.
“Selamat hari jadi ibu yang ke 63. Sesiapa yang rindu nak dengar tangisan kegembiraan ibu tu kliklah video ni. Minta kawan kawan doakan ibu saya panjang umur dan dimurah rezeki.
“Video ini bukanlah untuk publisiti, video ini hanya untuk memberi tahu betapa pentingnya membahagiakan ibu sebelum membahagiakan orang lain. Tanpa ibu siapalah kita.
“I love you mak. Harap Mak dipanjangkan umur untuk lihat cucu mak nanti,”ujarnya dalam status dalam Facebook semalam.
Sumber: Muhamad Ameen
‘Jangan Guna Usik Tandas Kami! Ras Adiba Marah Isu LGBT, Minta Perasaan & Hak OKU Dihormati

Isi Kandungan
Toggle
Masih belum reda isu penggunaan tandas untuk golongan yang mengamalkan kehidupan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menerima banyak respon negatif daripada netizen akibat ‘lepas jawab’ secara spontan mengenai LGBT boleh menggunakan tandas wanita.
Kali ini Tmbalannya, Fuziah Salleh menerima respon daripada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyarankan LGBT menggunakan tandas OKU. Pembaca berita, Ras Adiba Radzi telah memberikan surat terbuka kepada Fuziah melalui instagramnya meluahkan kekesalan kerana merasakan ketidakprihatinan pihak kementerian terhadap golongan kurang upaya dengan membenarkan orang lain menikmati kemudahan yang sepatutnya dimiliki khusus untuk golongan ini.
A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on
Bantahan di atas saranan LGBT guna tandas OKU
Surat terbuka kepada YB Fuziah Salleh.
Assalamualaikum YB.
Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
YB tak buat penyelidikan sebelum beri cadangan?
Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.
Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?
Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?
YB perlu minta maaf kepada komuniti OKU
Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah. Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
Assalamualaikum
Ras Adiba Radzi
Pengerusi dan Pengasas
Persatuan OKU Sentral.
@tun_mahathir@tun_mahathir_@tun_mahathir_@chedetofficial@drwanazizah@hannahyeoh@fuziah99(Signage by @thesignshed)
Jangan Usik Tandas Kami
Sebelum menulis surat terbuka ini, Ras Adiba telahpun menyuarakan rasa marah apabila saranan itu dibuat Fuziah.
A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on
Post Ras Adiba mendapat respon positif dan semua menyokong pendapatnya.
Fikir dulu sebelum cakap
Car park pun tak boleh kongsi
Seolah-olah menerima LGBT
Hormati hak dan perasaan OKU
Sumber: Ras Adiba Radzi
“Pelajar Yang Terkorban Antaranya Sahabat Anak Saya & Mereka Bergelar Anak-anak Angkat Saya” -Rizalman Ibrahim

Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi yang mengorbankan 24 nyawa memang cukup menyedihkan. Rata-rata membayangkan keadaan anak-anak ini ketika bergelut mahu keluar dari asrama yang terbakar.
Mengingat keadaan itu hati ini direntap sebak dan sayu.
Tidak ketinggalan terkesan malah berasa lebih sedih adalah pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim yang turut mengenali anak-anak tahfiz yang terkorban.
Menitipkan perkara tersebut dalam instagram miliknya ujar Rizalman pusat tahfiz ini merupakan tempat belajar anaknya Umar Nail sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS).
Menurut Rizalman anak-anak ini telah menjadi sahabat Umar malah dia sendiri selalu mengundang pelajar sekolah ini selalu mengundang mereka untuk majlis baik di rumah atau di pejabat.
Atas sebab itu ujar Rizalman dia amat terkesan dengan pemergian anak-anak ini.
Sumber: rizalman71
Fatimah Kembali Viral Dengan ‘Gapoever’, Tiada Lagi ‘Whatever’ Selepas Ini

Sebelum ini pernah viral dengan “Fatimah stres”, beberapa hari lalu anak kecil dari keluarga Melayu yang tinggal di United Kingdom ini kembali trending di laman sosial dengan perkataan ‘gapoever’ yang dicipta secara spontan.
Aksi Fatimah dan adiknya Ali itu dirakam dalam satu video dimuat naik melalui instgram thefamily.uk. Kedua beradik yang popular dengan kebolehannya bercakap dalam loghat Kelantan kalangan rakyat Malaysia itu sedang bermain watak doktor pesakit sebelum perkataan baru itu muncul.
Ali yang menjadi doktor dalam video itu mencadangkan beberapa cara rawatan untuk Fatimah yang kurang sihat termasuk berhenti memakan piza malah turut mahu merawatnya dengan memotong rambut dan kuku.
Melihat pelbagai kerenah adiknya itulah maka Fatimah dengan selambanya mengeluarkan perkataan gapoever. Perkataan ‘gapoever’ atau dalam bahasa Inggeris ‘whatever’ (apa sajalah) menimbulkan kelucuan kalangan netizen yang menonton video tersebut.
A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on
“Bila sosial media heboh dengan perkataan ‘gapoever’ ini, anak berusia empat tahu ini kami tak tahu pun dia sebenarnya sedang mencipta trend baru dengan aksi spontannya.
Selepas ini tiada lagi ”whatever” sebab diganti dengan ”gapoever”. “Gapoever”, diasaskan oleh Fatimah O. Mukhlis, 11 Februari 2018,”tulis ibu bapa Fatimah dalam satu entri di instagram.”
Dalam pada itu mereka turut memuat naik video memaparkan sesi soal jawab dengan Fatimah tentang perkataan baru yang diciptanya. Video lucu ini juga menarik perhatian netizen hingga mendapat lebih 290 ribu tontonan.
Memang confirm akan tersenyum tengok video Fatimah nih.
A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on
Sumber: thefamily.uk