Rasanya ramai yang mengalirkan air mata bila melihat video ini. Bagaimana seorang anak muda cuba menggembirakan hati ibu pada hari jadi ibunya yang ke-63.
Sambil memegang hadiah berupa gelang tangan pemuda bernama Muhammad Ameen ini merakamkan hasrat hatinya ingin memberikan hadiah tersebut pada ibu tersayang.
Malah dia turut merakam momen ketika menghadiahkan gelang tangan tersebut pada ibu yang situasinya cukup menyentuh hati.
Dalam video berdurasi enam minit itu, turut kedengaran reaksi ibu yang bertanya harga gelang yang dihadiahkan.
Namun paling membuatkan hati sebak bila si ibu menyampaikan pesan agar solat lima waktu jika benar dia sayangkan ibu pada penghujung video sambil memeluk anaknya.
Video Muhammad Ameen ini telah mendapat 12 ribu perkongsian daripada netizen di Facebook yang rata-rata tersentuh hati dan mengalirkan air mata melihat layanannya kepada ibu tersayang.
Netizen yang menonton video ini turut mendoakan kemurahan rezeki Muhammad Ameen dan juga ibunya. Menarik dan lucu ramai juga yang menyatakan ini adalah antara ciri calon suami yang harus dicari oleh gadis sekarang.
Dalam pada itu ulas Muhammad Ameen video ini bukanlah untuk mencari publisiti, ia hanya untuk memberitahu betapa pentingnya membahagiakan ibu sebelum membahagiakan orang lain.
“Selamat hari jadi ibu yang ke 63. Sesiapa yang rindu nak dengar tangisan kegembiraan ibu tu kliklah video ni. Minta kawan kawan doakan ibu saya panjang umur dan dimurah rezeki.
“Video ini bukanlah untuk publisiti, video ini hanya untuk memberi tahu betapa pentingnya membahagiakan ibu sebelum membahagiakan orang lain. Tanpa ibu siapalah kita.
“I love you mak. Harap Mak dipanjangkan umur untuk lihat cucu mak nanti,”ujarnya dalam status dalam Facebook semalam.
Sumber: Muhamad Ameen