Kalau Kena Patuk Ular, Jangan Cuba-Cuba Sedut Bisa! 4 Perkara Ini Yang Kena Buat Cepat

Share

Kejadian dipatuk ular memang selalu kita dengar dan lebih menakutkan ia berlaku bukan di hutan atau dalam semak samun tapi sebaliknya di kediaman atau kawasan rumah sendiri.

Disebabkan itu sedikit sebanyak kita perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan bila berdepan dengan situasi diri sendiri atau orang lain dipatuk ular.

Dikongsi oleh Dr Samhan, berikut adalah pertolongan cemas yang boleh kita buat sendiri atau orang di sekeliling kita jika dipatuk ular.

APA YANG PERLU DIBUAT JIKA DIPATUK ULAR ?
Foto: Mark Broadhurst

Jom ketahui apa pertolongan cemas yang boleh dibuat jika anda sendiri atau orang sekeliling dipatuk ular!

Jika dipatuk ular, ini adalah apa yang anda perlu lakukan :

✅ Cari bantuan dengan segera !

✅ Bersihkan luka dan beri tekanan bila membalut

✅ Kurangkan bergerak

✅ Segera naiki ambulan dan dapatkan antitetanus dan antivenom (bukan antivaksin)

Selain itu, ada juga perkara yang dilarang jika dipatuk ular :

– Jangan sedut bisa

– Jangan sekat salur darah

– Jangan naikkan luka melebihi paras jantung (contoh: letak kaki atas bantal)

– Jangan beri ubat tahan sakit aspirin atau ubat tradisional

Namun, harus diingat ular juga ada yang berbisa dan tidak berbisa! Pun begitu, adalah tidak wajar untuk kita semua mengambil risiko mendekati haiwan ini hanya kerana ia tidak atau kurang berbisa. Jadi, sila cuba untuk jauhinya dan segera bertindak jika sedang / telah dipatuk !

Semoga bermanfaat

Sumber: Dr Samhan

Published by
VK