Dari tayar terpakai boleh jadi kerusi dan juga meja yang menarik yang cantik. Kalau kreatif inilah hasilnya, macam yang dilakukan oleh Ann Sue
Menggunakan sedikit saja modal, boleh dapat perabot tambahan yang unik, lain daripada yang lain. Cara menghasilkannya juga senang.
1. Terlebih dahulu bersihkan tayar.
2. Untuk membuat alas tempat duduk, ambil kayu dari almari terpakai potong bentuk bulat mengikut saiz tayar.
3. Kemudian alas kayu tadi dengan span (boleh guna span dari tilam terpakai.
4. Seterusnya balut pula alas kayu tadi dengan kain dan juga sekeliling tayar.
5. Untuk nampak lebih kemas lilit tali sekeliling tayar dan juga penutup tadi.
6. Dah siap! Boleh jadi tempat duduk/ stool ataupun meja.
Sumber: Ann Sue