Hampir kebanyakan rumah kita akan ada tong gas yang digunakan untuk memasak. Tong gas ini pula biasanya ia diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Yalah, letak diluar nanti tak elok pula.
Tapi sebenarnya cara ini tidak disarankan untuk keselamatan. Tempat letak tong gas seharus mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah.
Selain daripada cara letak tong gas ada beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan Petronas.
Cara selamat kendalikan tong gas memasak
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Do and dont’s
- Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas.
- Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
- Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
- Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
- Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
- Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
- Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
- Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
- Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
- Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
- Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
- Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Sumber: hmetro.com.my