Hampir kebanyakan rumah kita akan ada tong gas yang digunakan untuk memasak. Tong gas ini pula biasanya ia diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Yalah, letak diluar nanti tak elok pula.
Tapi sebenarnya cara ini tidak disarankan untuk keselamatan. Tempat letak tong gas seharus mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah.
Selain daripada cara letak tong gas ada beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan Petronas.
Cara selamat kendalikan tong gas memasak
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Do and dont’s
Mengesan kebocoran gas
Sumber: hmetro.com.my