
Isi Kandungan
ToggleSelain ikan dan ayam, masak lemak telur juga jadi kegemaran. Biasanya kita akan guna telur itik barulah telur menjadi elok pejal.
Tapi ada juga dah guna telur itik atau telur ayam tetap tak menjadi, telur pecah dalam gulai. Sebenarnya ada tip yang boleh kita praktik supaya telur untuk masak lemak ini menjadi elok tak pecah bila masak.
Caranya dikongsi oleh Chef Ahmad Shukri Amiruddin.
Petua masak lemak telur
Hari ni masak lemak telur. Telur itik tak ada, saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macam mana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.
Caranya guna cuka sikit
1.Didihkan air, kuantiti suku periuk atau atau agak-agak tenggelam telur.
2. Kemudian masukkan 4 sudu cuka dalam periuk.
3. Bila air mendidih pecahkan telur satu persatu. Biar masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah.
4. Telur akan jadi bulat atau bujur. Bila telur dah masak, tos air dan masukkan telur dalam kuah kuning yang telah dimasak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Chef Ahmad Shukri Amiruddin.
Tip Tanam Kobis Dalam Pasu & Penjagaannya. Siram Begini Supaya Kobis Tak Busuk

Kalau dulu kobis kita selalu beli tak terfikir nak tanam sendiri macam tanam sayur lain.
Tapi sekarang semakin ramai yang dah cuba tanam sendiri sayur ini. Berbaloi sebab sayur ini memang kita selalu makan. Lagi satu cara penanamannya pun mudah. Kalau tanam banyak di halaman nampak cantik.
Bagi yang nak cuba tanam kobis boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Noramira Kassim Nurul.
Ini cara saya tanam kobis
1. Sediakan tanah (boleh beli di nurseri, saya guna tanah bakar campur tanah biasa).
2. Semai biji benih dalam tray semaian, 1 biji 1 lubang (saya beli benih di pasararaya saja sebab murah).
3. Waktu semai siram pagi sahaja untuk lembapkan tanah, letak tray di tempat k tempat separuh panas.
4. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Waktu ubah anak pokok ke pasu letak di tempat redup selama 3-4 hari supaya pokok tak layu. Selepas itu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk, kobis jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali, sukatan ikut jenis baja yang digunakan(saya guna baja tahi ayam, baja kopi dan baja npk 15.15.15 (baja-baja ini saya bubuh 2 minggu sekali ikut giliran ya bukan letak semua sekali gus).
8. Kawalan serangga seminggu sekali(saya guna cuka kayu,5ml untuk 1 liter air).
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk dan boleh dituai tapi bergantung juga pada cara penjagaan kita.
Ini kobis yang baru dituai.
Selamat mencuba.
Sumber: Noramira Kassim Nurul
7 Tanda Telefon Anda Sedang Digodam, Awas!

Isi Kandungan
Toggle
Ketika ini kita kita terlalu banyak bergantung pada telefon bimbit untuk menyimpan maklumat. Sebab itu bila tertinggal atau hilang kita jadi tak keruan.
Boleh dikatakan semua info ada di dalam telefon bimbit dari nombor telefon, emel sehinggalah urusan perbankan.
Disebabkan ia terlalu banyak menyimpan data peribadi maka telefon bimbit kita berisiko untuk dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau dengan kata lain digodam.
Oleh itu sekiranya 7 tanda-tanda ini berlaku pada telefon anda terutama ketika menggunakan wifi tempat terbuka maka hati-hati ya.
1. Bateri telefon cepat habis
Setiap telefon mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dan sebagai pengguna telefon anda pasti sudah boleh membaca hayat bateri telefon anda.
Tetapi jika tiba – tiba bateri telefon anda berkurang secara drastik dengan penggunaan yang normal kemungkinan besar kerana ada aplikasi yang tidak dikenali sedang beroperasi di sistem telefon anda.
Aplikasi tersebut kemungkinan adalah malware yang mampu mencuri data peribadi anda.
2. Telefon jadi panas tiba-tiba
Perkara ini akan terjadi jika ada aplikasi yang berjalan dalam sistem telefon. Jika ianya terjadi, anda disarankan untuk mengambil langkah untuk melihatnya di bahagian Settings > Developer options > Running services.
Jika anda menemui aplikasi yang tak dikenali, ‘delete’ dengan segera dan elakkan memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak boleh dipercayai.
3. Wifi aktif dengan sendiri
Wifi anda tiba – tiba aktif ketika berada di tempat umum. Perkara ini mungkin disebabkan anda sedang diperhatikan. Melalui Wifi umum, penggodam mudah menghantar virus dan mencuri data anda.
4. Berlaku crossline ketika membuat panggilan
Salah satu tanda telefon anda digodam ialah anda mendengar suara bising dan aneh ketika melakukan panggilan telefon.
5. Kuota internet cepat habis
Ia salah satu tanda ada aplikasi yang sedang mengirim data tanpa pengetahuan anda pemilik telefon. Awas ya!
6. Menghantar mesej pelik
Sekiranya rakan atau famili anda menerima mesej berupa emel atau Facebook yang pelik dari anda sedangkan anda tidak menghantarnya besar kemungkinan telefon anda digodam.
Begitu juga jika anda mula menerima banyak mesej yang pelik, ia juga tanda telefon anda sedang dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
7. Iklan dan ‘pop up’ muncul
Ini adalah antara tanda paling nyata. Ia menandakan ada unsur luar sudah menceroboh.
Sumber: Brightside & psafe.com
Umur 30-an Tapi Macam 19 tahun, Wanita Ini Amalkan Susu Kunyit Badam Madu Supaya Wajah Naik Seri & ‘Pinkish’

Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.
Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.
Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
- Susu rendah lemak
- 1 inci kunyit ditumbuk kasar
- 2 sudu madu
- 3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
- Panaskan susu masukkan kunyit hidup
- Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
- Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
- Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
- Minum dua kali seminggu sebelum tidur.
- Boleh diamalkan waktu datang bulan.
- Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Hasilnya
Sumber: Afieyzea Aleeschaylee