Makan

Kalau Masak Nasi Ayam Guna Teknik Ini Untuk Buat Ayam Yang Sedap, Kulit Berkilat

Share

Bila makan nasi ayam di restoren kita tengok ayamnya elok berkilat dan sedap. Kulitnya pun tak tanggal. Biasanya bila kita buat sendiri tak dapat pula hasil yang begini.

Agar dapat ayam nasi ayam yang sama ‘level’ macam restoren ini ada teknik yang digunakan. Teknik ini dikongsi oleh Nor Seri Azlina Bustani.

Teknik buat ayam nasi ayam yang sedap, kulit berkilat, tak tanggal

Ada yang tanya macam mana nak buat kulit ayam jadi cantik, berkilat dan kulitnya melekat dan tidak tertanggal.

Untuk kulit yang cantik dan berkilat serta tak tertanggal. Kita guna teknik celup, angkat dan rendam dalam air sejuk. Mat salleh cakap (dipping, lifting and soaking techniques).

Caranya

1. Bersihkan ayam kemudian dalam periuk panaskan air dan perasakan dengan garam, halia, bawang putih, kiub ayam, daun bawang dan daun sup.

2. Bila dah panas mengelegak celup ayam menggunakan penyepit ke dalam air tadi dalam satu minit. Kalau ayam banyak masukkan semua tapi pastikan air banyak.

3. Selepas seminit angkat pakai penyepit dan tunggu seminit lagi. Waktu ini kita akan nampak kulit ayam melekat dengan daging.

4. Kemudian celup lagi, ulang tiga kali. Akhir sekali celup ayam dalam air sejuk.

5. Bila ayam dah sejuk masukkan semula dalam periuk selama 35 minit sampai ayam masak. InsyaAllah kulit ayam tak tanggal dan melekat cantik. Cara nak tau ayam dah masak, keting ayam akan pecah sedikit.

6. Ayam dah masak nanti perasakan dengan kicap karemal (untuk effect warna cantik) gula perang (gula merah pun boleh) sos tiram, garam, serbuk cili Babas ( penyumbang kepada warna merah) 4 sudu madu, halia dan bawang putih tumbuk serta 2 sudu minyak masak.

7. Gliss rata ada ayam, kemudian baru bakar suhu 180′ c. Bila kulit ayam warna brown cantik boleh keluarkan. Ayam dah masak sebenarnya waktu rebus.

Bahan untuk gliss ayam

Kicap karamel ( untuk warna kulit ayam yang cantik)
Kicap cair
Minyak bijan
Serbuk cili babas (untuk warna cantik)
Madu 4 sudu
Gula perang
Halia tumbuk lumat
Bawang putih tumbuk lumat
Stok ayam
Minyak 2 sudu + marjerin 1 sudu ( untuk effect kulit ayam garing)

Kuah kicap

Gula karamalkan, bila dah jadi karamel masukkan air rebusan, kicap karamel, kicap cair, minyak bijan setengah sudu, sedikit garam, masak sehingga mengeelegak.Kemudian bancuh 2 sudu tepung jagung dan masukkan dalam kuah kicap untuk pekatkan.

Sambal nasi ayam

Cili merah besar, cili merah kecil, bawang putih, cuka sesudu, 3 limau kasturi (buang biji). Blend sekali dengan kulit, gula, garam, sos tomato, sos cili. Blender dengan air rebusan ayam, kemudian masak sampai mendidih.

Nasi Ayam

Ini sukatan sis;
5 pot beras
1 pot beras pulut
Halia
Serai 2 batang
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Minyak setengah cawan, margerin 1 sudu besar tumis dgn ketulan lemak ayam
Daun sup
Daun bawang
Daun pandan
Garam
Air rebusan ayam

Sup ayam

Air guna air rebusan ayam.
Cuka sesudu
Garam
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Lada putih (lada sulah)

Selamat mencuba

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani

 

Published by
VK