Antara kerja yang dianggap renyah oleh kaum ibu adalah melipat pakaian. Dah siap lipat, kemasnya mungkin bertahan sehari kemudian berterabur kembali bila ditarik anak.
Sakit mata dibuatnya bila baju yang baru dikemas kembali bersepah apatah lagi kalau di rumah jenis kabinet terbuka.
Perkara yang sama dihadapi oleh Puan Azila Ahmad. Tapi dia menemui cara menarik untuk memastikan almari baju anaknya sentiasa kemas dan teratur walau ditarik berulang kali oleh anak.
Caranya adalah dengan menggunakan produk yang memudahkan penyusunan baju dikenali sebagai Ezystax.
Ujar Azila cara melipat baju tetap sama tapi ketika menyusun pakaian dalam almari dia menggunakan produk ini untuk lebih teratur.
Ads
Produk Ezystax ini sudah lama diperkenal cuma ramai yang belum maklum tentang penggunaannya. Lebih menarik kata Azila produk ini diperbuat daripada bahan kitar semula.
Mana nak beli? Tak perlu susah-susah, Ezystax ini boleh didapati di kedai MR. DIY ataupun boleh dibeli di laman membeli-belah Lazada/ Shopee.
Ha apa lagi balik nanti di singgah cari ya! At least baju yang dah siap lipat tu tersusun kemas dalam jangka masa lama. Sedap sikit mata memandang macam ni!
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Dah beli Iphone mahal mahal, kenalah cermat jaga. Tapi ada juga masa kita terleka menyebabkan kejadian handphone kena rembat dek pencuri. Sedar-sedar dah hilang.
Pengguna Iphone kena tahu info ini, satu cara nak dapatkan kembali handphone korang kalau kena curi adalah dengan menggunakan aplikasi Find My.
Dikongsi oleh Yati Redha beliau menceritakan bagaimana dia mendapatkan kembali Iphone yang dicuri menggunakan aplikasi ini.
Masa bungkus-bungkus lauk, dompet & phone masih melekat di tangan. Yati letak kat tepi kejaap saja sebab nak bungkus kuah kari. Yati pun cedok kuah kari. 1…2…3.. senduk, ikat plastik.
Tup tup tengok balik tinggal dompet je. Phone dah hilang !Proses tu terlalu pantas. Tak sampai 5 saat phone hilang.
Terasa ada sekilas pandang orang lalu. Tapi bila tengok sekeliling takde pun siapa siapa yang mencurigakan atau cuba lari. Suasana kedai pun sama je, semua sibuk makan, ambil lauk.
Jadi yati pun cuba salahkan diri sendiri dulu. Terus cari atas meja, cari dalam kereta, cari celah-celah lauk, takut diri sendiri yang cuai. Tapi memang tak jumpa.
Memang sah. Phone dah kena curi.
Terus buka aps ‘Find My’
Masa tu dah terbayang tac dan keje je. Yati pun cepat-cepat pinjam phone owner kedai.
Call suami. Mujur suami dekat. Suami terus bukak apps “Find My” dan klik “Mark As Lost”.
Lepas tu suami ikut lokasi phone tu.
Mula-mula location phone memang dalam kedai tu. Dekat sangat dengan Yati. Tapi ada ramai orang dalam kedai tu. Susah nak cam. Muka pun biasa je takde yang mencurigakan.
Kami pun tunggu…
Tak lama lepas tu, location tu mula bergerak. Suami follow ‘location’ tu bergerak ke Econsave, pasaraya yang ada di area situ juga. Walaupun ada location, tapi tak tau phone tu ada dekat mana. Boleh jadi dekat parking, dekat kedai-kedai, dekat celah sayur.
Tekan Mark As Lost, Iphone auto lock
Rupanya bila kita dah tekan ‘Mark as lost’, Iphone akan automatik Lock dan AUTO membuat panggilan ke phone suami yang sedang track phone tu. Pencuri tak boleh nak buat apa-apa dengan phone tu. Nak keluarkan simcard pun tak sempat sebab phone tu sentiasa buat panggilan.
Tak lama lepas itu ada seorang wanita india call suami menggunakan phone Yati yang hilang tu, “Saya ada jumpa phone ni dekat rak sabun. You ada tertinggal ke?”
Terus suami berkejar ke rak bahagian sabun dalam Econsave juga. Terkejut wanita berbangsa India itu dapat tahu phone tu baru lepas kena curi. Kemungkinan pencuri tu panik dia tinggalkan phone dekat situ. Alhamdulillah jumpa balik.
Kepada pengguna Iphone, kalau phone terhilang tersalah letak, phone kena curi boleh guna je apps “Find my” tu. Dan kalau phone kena curi, tolong jangan tunggu lama-lama. Segera mark as lost supaya maklumat peribadi kita terkunci.
Tak sampai sejam semua ini berlaku. Tapi besar sgt hikmahnya & tak dapat dilupakan. Syukur sangat-sangat…