Ramai yang ambil kesempatan mahu turunkan berat badan pada bulan puasa ini apabila alang-alang dah tak makan. Tapi untuk lebih berkesan elok juga kita buat senaman.
Dan agar lebihan lemak dalam tubuh lebih cepat dibakar sebaiknya kita bersenam pada waktu yang disarankan oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri.
Tapi perlu diingat memandangkan bulan puasa kita kena tahu do and dont’s supaya senaman yang kita buat memberi kesan dan BUKAN membuatkan kita letih tak bermaya hingga menjejaskan tubuh badan.
Bersenamlah sejam sebelum berbuka puasa
Jika mahu membakar lebih banyak lemak bulan puasa, waktu terbaik untuk bersenam adalah sejam sebelum berbuka.
Ads
Ini kerana selepas sehari berpuasa dan kehabisan glycogen, badan kita terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga bersenam.
Senaman yang sesuai adalah senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu).
Macam mana nak tahu heart rate 65%? Pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.
Ads
Slow jog dah cukup
Disarankan senaman ringan ini dilakukan di tempat yang redup atau indoors. Sila berhenti kalau berasa pening atau loya.
Selain sejam sebelum berbuka, korang boleh juga melakukan senaman ini sejurus selepas berbuka puasa. Tapi pastikan anda berbuka dengan air kosong saja(tanpa kalori) BUKAN selepas makan nasi dan kuih bagai.
Ads
Senaman tinggi intensiti seperti Tabata, aerobik dan sebagainya tidak digalakkan dalam keadaan berpuasa. Walau pun nak kurus cepat senaman ini tak disarankan.
Senaman intensiti tinggi tanpa minum air sememangnya bahaya dan boleh mengakibatkan risiko kecederaan, pengsan malah serangan jantung.
Siapa yang tak teruja bila pinjaman bank untuk rumah yang memakan masa berbelas malah berpuluh tahun akhirnya selesai.
Tapi dalam keterujaan itu ramai juga yang terlupa atau ambil mudah untuk membuat perkara penting agar rumah yang dibeli menjadi hak milik mutlak kita sepenuhnya. Perkara ini dikongsi oleh Perundingan Kewangan Nadia Izzati.
Ramai yang terlepas pandang buat urusan pelepasan gadaian
Loan rumah dah habis bayar dengan bank. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan pelepasan gadaian.
Ni saya nak bagi tahu. Walaupun anda dah habis bayar loan rumah dengan bank, tapi rumah tu tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.
Pelepasan gadaian bank
Urusan Pelepasan Gadaian yang dilakukan oleh peguam dilantik.
Ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank terus dapat geran rumah daripada bank. Lepas tu boleh simpan geran rumah.
Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu. Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. Bukan rumah saja, kereta pun sama.
INFO: Bagi memudahkan boleh lantik peguam untuk menguruskan semua urusan ini.
Masalah biasa kipas siling di rumah, bila dah lama guna ia akan berputar perlahan. Walaupun letak kelajuan pada tahap nombor 5 tapi putarannya lemah gemalai.
Kebiasaan bila berdepan masalah ini kita akan tukar saja dengan kipas baru. Tapi sebenarnya tak perlu pun beli baru, kita cuma perlu tukar satu alat saja yang dinamakan kapasitor untuk memastikan kipas berputar seperti biasa. Alat ni boleh dibeli di kedai elektrik atau hardware.
Cara menukar kapasitor ini bolehlah mengikut langkah yang dikongsi dalam Faceboook Ilham Dekorasi
Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje..
Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.
Cara tukar kapasitor
Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
2. Tanggalkan capacitor lama.
3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya).
Nota: Jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helikopter.
INFO
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).
Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimum dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.
Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau-lampau. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.
Servis kereta antara rutin yang wajib dibuat oleh pemilik kereta mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan baik, tak rosak dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Bila sudah diservis mengikut jadual ramai yang anggap ia sudah mencukupi untuk penjagaan sesebuah kereta. Tapi sebenarnya tak cukup dengan itu saja.
Penyelenggaraan kereta terbahagi kepada empat jenis. Ia tak cukup walau dengan membuat major servis. Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha bengkel @service kereta. Barulah kereta jarang rosak dan sedap dibawa.
Servis saja tak memadai
Panduan ini katanya ditujukan buat yang beli kereta baru ataupun kereta terpakai. Sebagai contoh ramai menganggap bila sudah buat major service seperti (plug,engine oil,gb oil dan radiator flushing)ia dah memadai.
Pemilik kereta kena tahu maintenance kereta terbahagi kepada 4 jenis;
1-Engine maintenance
2-Undercarriage maintenance
3-Aircond maintenance
4-Accessories maintenance
1. Engine maintenance
Bagi engine maintenance jangan hanya pandang pada engine oil, gearbox oil, spark plug, coolant saja. Di bahagian enjin ada pelbagau jenis seals yang kita harus update. Sebagai contoh flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan timing belt, chain drive.
Apa keburukan kalau kita abaikan benda-benda yang dinyatakan tadi. Enjin jadi ‘tak sihat’, ada kebocoran minyak, kalau timing belt putus, habis semua valve bengkok dan sebagainya. Jadi tolong ambil berat pada engine maintenance ni. Jangan sekadar tukar engine oil sahaja.
2. Undercarriage maintenance
Ia adalah penyelenggaraan seperti Absorber, balljoint, bushing, bearing. Benda ni penting untuk keselamatan anda especially yang zero knowledge pasal kereta. Pemilik kereta selalu terlepas pandang perkara ini tapi kemudian mempersoalkan kepada foremen “eh kenapa kereta saya tak rasa macam dulu lagi.”
Bila undercarriage maintainance ini tak dilakukan kereta jadi tak stabil hingga rasa nak bawa kereta pun tak selesa. Sebab apa? Semuanya rasa longgar. Jangan terlepas pandang perkara ini, sebab ia boleh menyebabkan kemalangan.
3. Aircond maintenance
Ini yang paling simple untuk diselenggara tapi kalau ambil mudah memang akan memakan kos. Ini disebabkan aircond sistem terlalu sensitif untuk diabaikan.
Sebagai contoh saya ambil masalah aircond yang selalu dialami oleh pengguna dia Malaysia. Compressor sudah berbunyi tapi ia masih digunakan sampai lah compressor aircond tu jammed. Perlu diingatkan bila compressor jammed habis satu sistem aircond tersumbat dek habuk compressor.
4. Accessories maintenance
Ini bahagian yang langsung tak diambil berat. Kadang-kadang soket lampu dah cair, soket sensor pecah, lampu brake tak menyala. Benda kecil macam ni memang nampak remeh tapi sekali problem belum tentu semua foremen boleh troubleshoot.
Satu contoh untuk masalah aksesori, sekiranya ada salah satu socket sensor yang penting untuk enjin pecah, enjin akan sentiasa berada dalam keadaan safe mode dan kemungkinan berlaku kerosakan enjin pun tinggi. Bayangkan kalau socket kipas yang pecah, temperature naik pun ada yang tak sedar.
Semua panduan ini terpakai untuk pemilik kereta lelaki atau perempuan. Fahamkan kereta kita supaya kalau rosak kelak kita tahu apa yang perlu dibaiki. Pastikan jangan ambil mudah tentang maintenance kereta anda.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...