Bayam Brazil ini antara pokok sayur yang banyak ditanam di kediaman sejak diviralkan dulu. Tambahan pula ia mudah dijaga dan cepat untuk dituai. Tapi tak semua yang tanam sayur ini dapat hasil yang diinginkan.

Ada yang pokoknya kurus dan daunnya kecil. Supaya bayam Brazil yang ditanam daunnya  gemuk dan lebar boleh ikut info yang dikongsi oleh Alin Lin ini. Selalu berkongsi tip bercucuk tanam melalui pengalaman beliau, ini adalah soalan yang selalu diaju soalan-soalan ini tentang bayam Brazil.

Kalau Nak Bayam Brazil Yang Ditanam Daunnya Lebar Dan Gemuk, Buat 2 Tip Ini!

1. Macam mana nak bagi pokok bayam ni besar dan lebar daunnya?
Bayam ini suka air. Banyak air tanah lembab dan cukup baja daunnya memang besar. Ini dua tip untuk dapat hasil daun yang lebar dan gemuk.

2. Kenapa saya tanam daun kecil daun kuning?
Sebab terlalu panas dan kurang air

Ads

3. Kenapa saya tanam pokoknya tinggi dan tak rendang?
Sebab tak dipotong, bila pokok bayam sedia untuk di tuai keratlah batangnya nanti akan tumbuh tunas yang baru.

4. Baja apa yang sesuai untuk pokok bayam ni?
Baja daun.

5. Bolehkah saya tanam di tempat yang redup?
Boleh jika ada cahaya matahari pagi dan redup sebelah petang. Daunnya lagi cantik dan hijau.

Ads

Kalau Nak Bayam Brazil Yang Ditanam Daunnya Lebar Dan Gemuk, Buat 2 Tip Ini!

Tip supaya bayam brazil mudah merebak, segar & tahan lama

Bayam Brazil juga cantik dijadikan hiasan kerana bentuk daunnya yg beralun dan nampak segar. Bayam Brazil juga boleh ditanam dalam pasu akan tetapi sampai tahapnya bila akar mula penuh bolehlah cabut dan tanam semula kerana akarnya tak dapat berkembang dan daun menjadi kecil.

Ads

Begitu juga jika ditanam atas tanah bila sampai satu tahap ia sering dipotong daunnya juga akan mengecil cuma jangka hayat di atas tanah lebih lama berbanding di dalam pasu. Tanam di atas tanah lebih mudah merebak, lebih, besar, segar dan tahan lama.

Semoga bermanfaat

Sumber: Alin Lin

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI