Nak cepat pergi kerja tapi kena goreng nasi dulu untuk anak-anak makan pagi. Paling pantas buat nasi goreng chili flakes.
Tak perlu tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja. Tak perlu pedih tanya dan tak banyak cuci barang lepas masak. Tapi hasilnya sedap…
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bangun pagi hujung minggu ni, nak sediakan sarapan paling cepat tapi sedap? Masak nasi goreng resepi saya ni. Tak ada menumbuk, tak ada pedih, tak ada banyak nak kena cuci.
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa
Cara membuat:
Ads
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh. Kalau ada lebihan dari Domino’s, boleh juga guna.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.
Ads
4. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
5.Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Kadang kala saya gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak gula sikit. Saya letak 1 sudu kecil. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
Ads
6. Akhir sekali saya letak telur. Ada orang suka letak awal.Terpulang pada cara masing-masing.Pastikan telur betul-betul masak.
Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi. Umami dari perasa ikan bilis menjadikan ia gurih.
Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.
Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!
Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.
Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap
Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis?
Sis nk share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.
Bahan-bahan:
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)
Penyediaan
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.
Cuaca sekarang memang selalu panas malah ada masa membahang. Bagi ruang dalam rumah yang tiada aircon memang terasa hangatnya.
Salah satu cara untuk mengurangkan bahang dalam bilik atau ruang akibat cuaca panas ini adalah pemasangan exhaust fan. Ia berkesan akan menarik haba panas keluar dari ruang.
Cuma nak pasang alat ini ada yang fikir kena tebuk dinding dan buat wiring bagai. Sebenarnya tak semestinya. Memang lagi elok begitu, tapi bagi yang menyewa rumah atau bilik ada tuan rumah yang tak membenarkan penyewa berbuat demikian.
Sebagai alternatif, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jay Khor ini yang menunjukkan cara memasang exhaust fan dalam bilik tanpa perlu tebuk lubang atau buat wiring.
Cara pasang exhaust fan tanpa perlu tebuk dinding
Caranya hanya perlu sangkut saja alat ini pada jeriji besi tingkap. Berikut adalah langkah DIY yang boleh kita buat;
1. Mula-mula terbalikkan exhaust fan, buang kepingan bahagian belakang. Jangan bimbang ia tak menjejaskan fungsi.
2. Seterusnya buka cover bahagian depan.
3. Perhatikan ada lubang kecil di situ, masukkan cable tie di situ.
4. Tentukan lokasi tingkap untuk diletakkan exhaust fan dan ikat cable tie di situ. Ikat ikut cita rasa tapi pastikan kemas.
5. Dah sangkut elok, tutup exhaust fan dengan cover.
6. Dah siap! Senangkan. On suis untuk keluarkan haba panas. Boleh pasang extension jika wayar tak cukup panjang. Kalau tingkap pasang langsir, pasangkan jaring.
Selamat mencuba.
Kalau nak beli exhaust fan macam ni boleh klik SINI
Banyak hidangan yang boleh kita buat dengan jagung. Jadi memang berbaloi sangat kalau nak tanam di rumah.Rebus saja pun dan sedap.
Jika nak tanam jagung dan pastikan hasilnya elok manis perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan merawat tanah dulu. Tanah subur, penjagaan pun baik maka eloklah hasil tuaian jagung nanti.
Tip ini dikongsi oleh Yazid Nazry’s berdasarkan pengalamannya menanam jagung di kawasan rumah. Paling menarik, tanam jagung pun ada pantangnya.
Langkah tanam jagung manis belakang rumah
Jagung manis juga tanaman kegemaran, tanam di belakang rumah. Biasanya jagung memerlukan tanah yang subur untuk menghasilkan buah yang memuaskan.
Pada asalnya, tanah ini merupakan tanah tambak jadi sebelum memulakan tanaman, perlulah bermula dengan merawat tanah terlebih dahulu. Caranya:
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...