Waktu malam je serangga banyak masuk rumah. Lagi stres kalau datang kelkatu, itu belum masuk cicak lagi. Sampai kita pun hairan tentang puncanya?
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya warna cahaya dari lampu yang kita gunakan menyumbang kepada masalah kehadiran serangga ini terutama pada waktu malam.
Perkara ini dijelaskan dalam satu hantaran saudara Muhd Hisyam yang mendapat lebih dari 5k perkongsian selain info berguna tentang lampu dan pencahayaan daripada komen warga netizen.
Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya, bila perati cicak suka dengan lampu putih, penuh tahi cicak bawah tu. Rumah jiran takde pula cicak sebab tak suka lampu kuning atau natang terbang makanan dia tu yang tak suka.
Dari hantaran ini pelbagai komen diberikan netizen dan antara yang menarik yang penuh info berguna adalah dari penjelasan Khir Itam yang juga seorang bekas profesor madya sebuah universiti tempatan.
Teknologinya:
– Lampu pijar & pendafluor beri cahaya putih puncak, bersama-sama warna-warna lain pada kadar rendah.
– Lampu led putih sebenarnya terdiri daripada 3 jenis led (merah, hijau, biru) di mana 3 cahaya led bergabung jadi satu (putih).
– Lampu led beri cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.
Biologinya:
– Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k). Sebab mata serangga lebih nampak dalam pencahayaan itu.
– Maka lebih banyak lah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu, berbanding cahaya led kuning (band warna 3k~5k).
-Serangga ialah makanan cicak.
-Maka tentulah cicak akan berkumpul di tempat yang banyak makanan nya.
-Tentulah lebih banyak cicak ke pencahayaan putih led.
Di rumah saya, lampu-lampu led di sekeliling luar rumah saya pakai warna putih (warna band 6500), manakala lampu-lampu led dalam rumah jenis kekuningan (warna band 4000).
Alhamdulillah, sedikit je serangga masuk ke dalam rumah. Sejak pasang begini saya belum jumpa cicak di dalam rumah, manakala tahi cicak bertaburan di bawah lampu putih di luar rumah.
Semoga bermanfaat
Sumber: Muhd Hisyam