
Isi Kandungan
Toggle
Siapa yang tak kenal dengan Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina sekarang. Dia pernah mencatat sejarah bila mendapat keputusan 17 A1 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2007.
Melanjutkan pengajian di luar negara sejak usia remaja hingga kini, tak dinafikan bahasa Inggeris Dr. Amalina ini memanglah terbaeek, siap dengan ‘accent’ lagi.
Sebab itulah ramai follower yang mengikuti akaun Twitter bakal pakar bedah ini selalu memintanya berkongsi tip, dan Amalina pula tak lokek menurunkan ilmunya.
Berikut ini adalah empat tip yang dipraktikkan Amalina sejak di bangku sekolah lagi yang membantunya lancar berbahasa Inggeris.
Artikel berkait: Bakal Jadi Pakar Bedah Nur Amalina Kongsi Kisah Bertugas Pada Hari Serangan Pengganas Di Kota London
1. Kena confident, cuba cakap walau pun tak berapa pandai
2. Latih menulis dalam bahasa Inggeris, dulu melalui MSN, Yahoo Mesengger
3. Tengok tv, dengar lagu bahasa Inggeris, 4. Praktis…
Kalau diikutkan, tip Dr Amalina ni mudah saja. Belum terlambat pun kalau nak mula!
Sumber: @DrAmalinaBakri
Selebriti Yang Jadi Tetamu Allah di Makkah Untuk Membuat Umrah Kali Ini

Isi Kandungan
Toggle
Ramai pula selebriti yang menjadi tetamu Allah untuk menjalani ibadah umrah baru-baru ini. Semoga mereka semua diberikan kesihatan dan dapat membuat umrah dengan penuh kusyuk. Jom kita intai siapa yang ke Makkah pada kali ini. Info ini didapati daripada laman instagram selebriti tersebut.
Marsha Milan Londoh
Terima kasih Ya Allah.. Marsha doakan buat semua agar mendapat peluang dan jemputan dari Allah untuk datang ke sini satu hari nanti, insyaAllah Amin Ya Rabbal Alamin. ❤️ #umrah
Siti Sarah dan Shuib Sepahtu
Assalamualaikum saya dan suami akn berangkat ketanah suci sekali lagi kali ini bersama @markadam1079 dan isteri @ezzpowers.. sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa, tersilap laku sama ada sedar atau tidak sama ada sengaja atau pun tidak.. kami ingin memohon maaf..
Dato Seri Vida
Terima Kasih Allah.. Terima Kasih Ya Rasulullahh.. Kekasih Allah.. Menerima aku menjadi Tetamu di rumahMu ini.. Datangkan aku lagi ke sini.
Bersama mrk yg Berimann
Mark Adam
Dengan rendah hati saya dan keluarga memohon maaf kepada semua, Semoga di permudahkan perjalanan kami hari ini insyaallah, kami akan doakan yang baik2 untuk Semua ???
Datin Sri Shahida
Alhamdulillah….tahun lepas yusoff dalam perut waktu mama buat umrah,tahun ni pun yusoff ikut mama juga pergi…:bermusafir lah kita hari ni @yusoffalqardawi ..Doakan kami selamat pergi dan pulang dan dikurniakan umrah yg mabrur….
PU Amin
Alhamdulillah , selesai tugas membimbing para tetamu Allah di Tanah Suci Makkah . Di sini saya memberi khidmat kepada para tetamu Allah . Saya kena buang kepentingan diri saya . Siapa saya tak penting , yang penting adalah amalan dan ibadat umrah para tetamu Allah ini sempurna dan selesa . Alhamdulillah , moga menjadi saham Akhirat .Saya doakan anda semua tadi , saya doaka anda semua diseru ke Baitullah Al Haram . Nak ke sini bukan pasal duit cukup tak cukup , kalau Allah nak panggil Anytime boleh sampai . Yakin . @simplyumrah
Fouziah Gous
اَلْحَمْدُلِلّهِ segala puji pujian bagiMu ya Allah… #zhafouumrah #zhafoujr #zhafoujr2 #zaheenyusufturns1 #zaheenyusuf #muhammadzeeshan #mecca @zhafyusof @zhafoujr
Alhamdulillah. VK doakan semua yang pergi ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah agar dapat umrah yang diredai Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.
Sumber: instagram.
Datuk Seri Aliff Syukri Kongsi Kepayahan Hidup Bapa, 24 Tahun Jadi Pengawal Keselamatan

Isi Kandungan
Toggle
Jika selalu menampilkan gaya hidup mewah di media sosial miliknya tapi baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian berbeza.
Selepas mendapat darjah kebesaran daripada Sultan Pahang beliau sempat bertemu bapanya untuk berkongsi kegembiraan bersama bapanya.
Menyentuh hati netizen bila sambil memeluk Datuk Seri Aliff bapanya sempat mendoakan berulang kali mendoakan kejayaan bisnes anaknya.
Dalam pada itu Datuk Seri Aliff turut mengimbas kembali pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya yang bekerja selama 24 tahun sebagai pengawal keselamatan untuk menyara mereka sekeluarga.
Tak sangka anak tak pandai sekolah sampai ke tahap ini
Berdiri di tapak kaki sendiri ni lebih bermakna sebab kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ..
Bak kata abah saya, tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ke tahap ini. Hanya Allah saja tahu betapa gembiranya kami. Bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan.
Keseronokan ini saya kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.
Abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani. Walaupun dia tak membantu dari segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahagia.
Sebab dia pun susah. Dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya. Kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1, begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama.
Syukur dah mampu balas kepenatan abah
Dah niaga lama baru nak merasa semua ni sbb tu saya jakun skit??. Saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2 bilik seksyen 20 Shah Alam Blok 19. Adik beradik 7 org sebelah abah, mak bapak saya bercerai.
Syukur segalanya berubah, sekarang saya mampu balas kepenatan abah saya dan belikan kereta Honda Accord dan rumah teres conner lot (nak belikan banglo dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja di rumah.
Saya tak suka dia kerja keras mcm dulu-dulu sampai ke tua sbb nak besarkan kami adik beradik. Dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata-mata nak belikan saya basikal.
Sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah. Jauh sekali nak menunjuk. Saya harap abah dan mak saya tahu Aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit disleksia punya semangat yg besar.Anton (nama manja saya masa kecik) sayag mak abah sampai syurga❤️❤️❤️
Sumber:Aliff Syukri Terlajak Laris
Kanser Payudara Sudah Tahap 3, Dah Bernanah Tapi Kini Disahkan Sembuh Sepenuhnya. Wanita Cantik Ini Anggap Bagai Mati Hidup Semula

Isi Kandungan
Toggle
Menghidap kanser pada usia muda, bulan calang-calang orang yang boleh menerima berita ini dengan tenang. Ada yang buat keputusan untuk terus menyendiri kerana tak boleh terima kenyataan. Dunia terasa terhenti dan di hadapannya hanya ada kematian.
Wanita bernama Murni Hafiza bt Mohd Zamri, 33 tahun disahkan ada kanser payudara pada usianya 25 tahun. Ketika itu, dia membuat pemeriksaan sendiri keadaan payudaranya dan mendapati ada ketulan pada payudara sebelah kanan.
Tak pergi hospital
“Bila dapat tahu saya ada kanser, saya macam tak percaya. Antara boleh terima kenyataan dan tak boleh terima kenyataan tu sama banyak. Bila doktor kata payudara saya nak kena buang, saya takut. Akhirnya dua tahun saya langsung tak pergi hospital,” cerita Murni.
Namun akhirnya apabila keadaan payudaranya semakin teruk sehingga keluar nanah, barulah dia akur dengan kenyataan dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Murni, ketika itu anaknya, Athirah Najwa baru berusia setahun lebih. Sebagai ibu sudah tentulah dia mahu melihat anak membesar dan menikmati kehidupan dengan bahagia. Atas dasar itulah dia tabahkan hati dan menyerah diri kepada hospital.
Sakitnya kemoterapi
Demi membunuh sel-sel kanser, seseorang pesakit kanser itu perlu menjalani rawatan kemoterapi. Begitu juga dengan Murni. Dia turut menjalani rawatan tersebut.
“Memang banyak kesan yang saya dapat selepas buat kemoterapi. Saya muntah-muntah, tak lalu makan. Tapi lama-lama badan kita boleh terima ubat yang dimasukkan masa proses kemo tu,” kata Murni.
Disebabkan tidak tahan sakit rawatan kemoterapi, memang Murni mengakui pernah putus asa nak melalui satu demi satu rawatan kemoterapi. Tapi dia bersyukur kerana mempunyai suami, Shahizul Hafiz, yang sangat menyokong dirinya. Kata-kata semangat yang diberikan menyuntik motivasi dan pemikiran positif untuk dia meneruskan rawatan.
“Sepanjang menjalani rawatan, saya terpaksa jauh daripada anak. Keluarga saya banyak ambil alih tugas sebagai ibu. Memang sedih, tapi nak buat macam mana. Saya kena kuat untuk melawan sakit ni,” cerita Murni.
Tolak tepi semua stres
Pada hari ini memang susah nak elak stres sebab banyak situasi yang boleh menyebabkan stres. Namun demi menjaga kesihatan dia perlu menolak jauh-jauh perasaan stres. Malah dia turut mengakui tiada mana nak fikir masalah yang bukan-bukan. Bagi Murni, hidup perlu diteruskan dan dia buat apa yang dia suka buat. Kini, Murni aktif berniaga minuman kultur Yakult.
Murni berkongsi kisahnya ketika dijemput sebagai panel The Survivor Stories anjuran Vanilla Kismis sempena MisFit 2018, di PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bebas kanser
Tahun 2017 adalah tahun paling membahagiakan buat Murni. Dia disahkan bebas kanser selepas melalui 6 pusingan kemoterapi dan 21 kali pusingan radioterapi dalam tempoh enam tahun. Ya, walaupun perit menjalani rawatan kanser yang menyakitkan, namun akhirnya berbaloi. Sel kanser yang menyebabkan dia terpaksa melalui pembedahan membuang payudara sebelah kanan itu sudah mati sepenuhnya.
“Bagai mati hidup semula bila doktor sahkan saya dah bebas kanser. Saya gembira dan ingin hidup bahagia dengan suami dan anak,” ujarnya yang kini menyambut ulang tahun perkahwinan ke sepuluh.
Nasihat Murni untuk pesakit kanser
- Jangan putus asa jalani rawatan.
- Jangan stres
- Jangan menyendiri
- Bergaul dengan pesakit kanser
- Aktif dalam persatuan
- Buat apa yang kita suka.
- Nikmati kehidupan dengan orang tersayang.
- Ubah gaya hidup lebih sihat.
- Jangan anggap diri kita tak sempurna tanpa anggota badan yang lengkap.
- Kuat semangat!
//vanillakismis