Dalam situasi ekonomi tak menentu dan keadaan pekerjaan kita yang tidak tahu bertahan lama atau tidak, sebolehnya kita mahu melunaskan hutang yang ada secepat mungkin.

Bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Manalah tahu jika diberhentikan kerja hutang masih banyak berbaki. Memang susah hati dibuatnya.

Bagi yang mahu melakukan misi melunaskan hutang secepat mungkin baik hutang kad kredit, hutang belajar, hutang kereta dan sebagainya boleh ikut apa dipraktikan oleh Eyfa Emir ini.

Dia nekad melangsaikan hutang RM20,000 yang mengganggu hidupnya dalam masa dua bulan saja. Untuk misi tersebut, ini yang beliau lakukan.

All out 2 bulan

Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.

Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.

IKLAN

Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.

Jangan risau kalau gaji kecil.
Jangan risau takde bisnes besar.
Jangan risau kalau takde support anda.

Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tips mudah ni kat anda semua:

1. Tuliskan semua hutang

  • Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki
  • Pilih hutang mana nak setel dulu
  • Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu
  • Fokus untuk setelkan satu hutang dulu

2. Kurangkan belanja

  • Stop beli tudung baru
  • Stop beli baju baru
  • Stop beli kasut baru
  • Stop/kurangkan makan luar
  • Stop merokok kalau anda perokok
  • Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain
  • Kawal belanja sedia ada

3. Tambah pendapatan

  • Ramai stuck dekat sini sebenarnya
  • Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya
  • Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan
  • Setiap kaedah ada prosesnya
  • Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k

Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.

Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.

Jom bebas hutang sama-sama

Sumber: Eyfa Emir