Dah berjaya semai biji benih serta dah naik pun daunnya tapi bila alih ke pasu atau batas mati pulak anak pokok. Ini kejadian biasa bagi yang baru belajar bercucuk tanam.

Supaya anak pokok yang dialih atau dipindahkan hidup subur membesar dengan baik, boleh ikut panduan dari Liyana Mohd Poad yang banyak bercucuk tanam sekitar kediamannya. Ini tip yang dikongsi berdasarkan pengalamannya.

Bila anak pokok sedia pindah
Kalau Pindahkan Anak Pokok Sayur, Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati
Ini anak pokok pak choy sedia untuk dialih.
  • Anak pokok yang berukuran sejengkal seperti bendi dan anak pokok cili boleh dipindahkan.
  • Untuk sawi atau pakchoy, biarlah mmpunyai sekurang kurangnya 5-6 helai daun kerana akar dan batang sudah cukup kuat.
  • Kalau ada 2-3 helai daun, jangan pindahkan dulu. Risiko untuk busuk akar, layu batang, tumbang dan mati sangat tinggi. Jadi,biarkn akar kuat sikit baru pindahkan.
Media tanaman

Media tanaman yg paling biasa digunapakai oleh pekebun adlh topsoil+pasir+bahan organik. Ini memang pro. Nisbah 3:2:1.Apa itu topsoil? Topsoil ialah tanah merah. Tiada tanah merah, boleh guna tanah hitam biasa, pasir manakala bahan organik ialah cocopeat/sekam bakar@mentah lumut terurai.

Kalau Pindahkan Anak Pokok Sayur, Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati

IKLAN

Bagi beginner, jangan susahkan diri untuk mencampur kesemua bahan ini. Memadai dgn meggunakan tanah campuran 6 in 1 atau tanah organik dan dicampur sedikit sahaja dgn tinja haiwan spt tinja kambing/arnab /ayam.
Guna satu sudu utk satu pasu. Gaul rata dengan tanah tadi dan boleh terus tanam anak pokok.

Cara tanam anak pokok
  • Semasa nak menanam, masukkan 2/4 tanah yg dah dicampur tinja tadi ke dalam pasu. Kemudian letakkan anak pokok.
  • Masukkan baki 2/4 tanah ke dalam pasu hingga anak pokok tenggelam 2/4 daripada pangkal.
  • Daun daun bawah anak pokok seperti cili perlu dibuang terlebih dahulu kecuali sawi atau pakchoy atau bendi.
Selain itu:  Cara Buat Nasi Dagang Terengganu, Versi Paling Mudah. Yang Penting Gulainya!
Kalau Pindahkan Anak Pokok Sayur, Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati
Tanam pak choy dalam besen saja, tapi tebuk lubang di bawah.
  • Kemudian siram dan letak di tempat teduh dulu. Kenapa kena perlu letak di tempat teduh supaya anak pokok berkembang baik dan stabil.
  • Selepas seminggu, barulah ‘cuba cuba’ letak di tempat panas sepenuhnya. Kenapa perlu letak tempat panas? Nanti layu dan mati? Takkan mati, layu itu normal kerana perubahan tempat dan cahaya. Bila nampak layu sikit, jangan panik, terus siram.
Siraman

Seminggu selepas dibiasakan dengan cuaca panas, pokok sudah dapat berdiri dgn kaki sendiri. Siramlah sekali pagi dan sekali petang. Jika cuaca terlalu panas, boleh siram 3 kali sehari.

IKLAN

Kalau Pindahkan Anak Pokok Sayur, Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati

Lepas seminggu boleh dibaja
  • Peringkat awal selepas seminggu ditanam, guna tinja kambing atau tinja ayam dulu. Guna sesudu cukup. Nanti pokok pokok akan gemuk.
  • Selepas dua minggu guna baja kopi. Saya banyak guna air baja buatan sendiri.
  • Jika guna baja kimia, saya cadangkan guna baja yg ada unsur NPK 15:15:15 dan NPK 16:16:16 yg biasanya 95% pekebun guna iaitu baja Yara Mila dan baja urea juga.
    Penggunaan baja yg konsisten akan memberikan tumbesaran yg baik kpd pokok pokok tanaman anda.

Kalau Pindahkan Anak Pokok Sayur, Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati

IKLAN

Jika ikut cara di atas insya-Allah elok subur tanamannya.

Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI