Kalau Pokok Mulberi Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah, Buat Teknik Lenturan & Luruh Daun Ini

Share

 

Tengok buah mulberi yang merah bila ranum dan rasa yang manis membuatkan ramai yang cuba menanam sepokok dua tanaman ini di rumah. Tanam dalam pasu boleh boleh.

Tapi yang selalu jadi masalah, walau pokok mulberi dah besar ia tak juga berbuah. Jika pokok yang ditanam berdepan masalah ini boleh praktikkan teknik yang dikongsi Siti Saja

bagi memastikan pokok mulberi berbuah lebat dan besar. Hasilnya macam ni.

1. Cara buat teknik lenturan

  • Lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik ikat satu-satu di keliling batang utama.
  • Dahan yang lebih halus selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut.

2. Petua untuk lebat dan besarkan buah

  • Mula-mula luruhkan semua daun sampai pokok betul-betul ‘togel’ dan cantas semua pucuk. Ini untuk memaksa pokok berbuah.
  • Dalam masa lebih kurang seminggu dua akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah.
  • Setelah buah hampir masak luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.

3. Untuk pembajaan, bubuh baja kopi

  • Rajinkan diri ‘top up’ tanah hitam di pangkal pokok. Saya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Saja

 

Published by
VK