Tengok buah mulberi yang merah bila ranum dan rasa yang manis membuatkan ramai yang cuba menanam sepokok dua tanaman ini di rumah. Tanam dalam pasu boleh boleh.
Tapi yang selalu jadi masalah, walau pokok mulberi dah besar ia tak juga berbuah. Jika pokok yang ditanam berdepan masalah ini boleh praktikkan teknik yang dikongsi Siti Saja bagi memastikan pokok mulberi berbuah lebat dan besar. Hasilnya macam ni.
Ads
1. Cara buat teknik lenturan
Lenturkan dahan dan ikat di pangkal pokok. Kalau nak cantik ikat satu-satu di keliling batang utama.
Dahan yang lebih halus selitkan sesama sendiri. Ikat sekiranya tak mahu terlucut.
Ads
2. Petua untuk lebat dan besarkan buah
Mula-mula luruhkan semua daun sampai pokok betul-betul ‘togel’ dan cantas semua pucuk. Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Dalam masa lebih kurang seminggu dua akan muncul banyak tunas baru beserta putik-putik buah.
Setelah buah hampir masak luruhkan semua daun sekali lagi. Ini untuk memberi peluang buah membesar tanpa perlu bersaing dengan daun.
Ads
3. Untuk pembajaan, bubuh baja kopi
Rajinkan diri ‘top up’ tanah hitam di pangkal pokok. Saya gunakan tanah hitam dari tempat bakaran sampah je.
Karpet atau alas kaki dari tali guni atau tali jute ini memang cantik bila letak di lantai rumah kerana warnanya yang natural.
Tapi tak sangka pula boleh buat sendiri. Modalnya sikit cuma perlukan tali jute, kain felt dan hot glue gun. Yang perlu banyak cuma kerajinan dan kesabaran.
Step by step buat karpet tali guni ini dikongsi oleh Qynn Shikin. Boleh isi masa lapang atau mungkin jadi sumber pendapatan sampingan katanya.
Step by step buat karpet tali jute
1. Relaikan sehelai sehelai ikut panjang mana yang mampu. Nanti tali jute ini akan dibuat tocang. Lagi panjang sebenarnya lagi bagus. Akan kurang nampak sambungan tali. Lagi nampak kemas.
2. Doublekan tali. Setiap tocang perlu ade 6 helai tali macam di bawah. Boleh beli apa jenis tali jute tapi paling berbaloi dan murah beli di kedai Eco.
3. Tali yang dah digabung 6 helai.
4. Simpul hujungnya nanti akan didandan tali tu.
5. Ini rupa bila tali dah didandan, dijalin, ikutlah apa panggilan korang.
Masa ini memerlukan kesabaran sebab tali berpintai dan bergumpal.
6. Dandan tali sampai habis, untuk ukuran 100cm atau 1 meter saiz karpet
Perlukan 10 ketul tali tu ya.
7. Ambil kain felt untuk jadi alas, potong ikut bentuk dan saiz yang dihajati. Lilitlah tali ikut design & saiz tadi. Sambung dan pusing. Tampal tali atas kain felt guna gam panas atau hot glue gun.
8. Kalau nak senang bulat kecik tu tak perlu buat. Buat bulat besar tu saja.
9. Dah habis lilit boleh kemaskan. Gunting dan trim guna pisau yang tajam.
Bahagian belakang dah kemas.
10. Siap! Bulu halus kan karpet ini memang akan nampak. Karpet jute ini tak lembut dan tak keras, sesuailah buat hiasan lantai. Ada juga yang bakar bulu halus tu.
Ketika ini ramai kalangan kita lebih senang melakukan kerja-kerja rumah secara DIY untuk penjimatan. Salah satu alat yang perlu ada untuk kerja-kerja pembaikan dan pertukangan bila dilakukan sendiri dah tentunya drill.
Cuma biasanya bagi yang bukan tukang, kita tak tahu drill bagaimana yang perlu dibeli untuk kegunaan di rumah. Bagi memberi sedikit panduan, boleh ikut penjelasan yang dikongsi oleh Azmi Moh.
Tip pilih drill, kena tengok watt
Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, kod, dan macam-macam fungsi.
-Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w ke atas.
-Tak kisah jenama apa. Apa yang penting ada watt. Ia menunjukkan kekuatan drill itu mampu bekerja.
-Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh ke tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
-Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B & C. Fungsinya berbeza-beza. Dari Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang skru, kerja-kerja kayu, letrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar.
Siang bekerja, malam buat kerja rumah. Ini memang rutin isteri atau ibu yang bekerja. Sebab itu ramai yang mengeluh penat, kerana kurang masa berehat.
Pun begitu dalam mengeluh kerja tetap dilakukan. Agar terus cergas buat kerja rumah anda mungkin boleh amalkan air rebusan herba bersama lemon dan madu perkongsian Habibah Badar Bajrai.
Air rebusan herba ini katanya membuang angin, menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Lebih dari itui katanya air rebusan ini juga disarankan untuk dijadikan amalan oleh mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina