Dah berjaya tanam pokok terung di rumah. Pokok  memang subur, daun pun lebat tapi masalahnya buah tak banyak. Siram dan baja cukup, namun hasil terung kurang sangat.

Kalau pokok ada masalah sebegini, cara yang disarankan oleh Azuan Abdullah ini boleh dilakukan.

Menurut beliau pokok terung yang lebat dan tapi buah kurang perlu dibuang daunnya. Kenapa? Ini penjelasan beliau.

Kenapa perlu buang daun pokok terung

Biasa dengar tak orang cakap pokok terung kalau daunnya banyak sangat, buah memang kurang. Kenapa ya?

Ini sebabnya. Daun adalah kilang kepada pokok. Maksudnya, daun lah yang akan proses makanan kepada pokok. Istilah pertaniannya kita panggil fotosintesis.
Namun, tak semua daun bertindak sebagai kilang. Contohnya;

1. Daun kering
2. Daun kuning (faktor usia)
3. Daun yang tak terdedah pada cahaya.

IKLAN

Kalau Pokok Terung Banyak Daun Tapi Buah Kurang, Itu Tanda Kena Buang Daun Tak Berfungsi

Ketiga-tiga jenis daun di atas adalah daun yang tidak berfungsi. Dengan kata mudah ia tidak berfungsi sebagai kilang kepada pokok.

Daun subur tapi tak buat ‘makanan’

Dalam kes pokok terung, daun yang tidak berfungsi paling banyak adalah daun yang tidak terdedah kepada cahaya (jika tidak pruning).

Daun ini subur dan hijau molek, tapi tak buat makanan. Namun ia masih ambil makanan. Rugi saja bela daun ni. Makan saja, kerja tak buat.

IKLAN

Sebab tu, dalam pengurusan ladang terung yang baik, semua daun yang tidak berfungsi akan “diprunning” (dipotong). Lepas ia dibawa keluar daripada kawasan tanaman untuk dikambus atau dibakar.

Kalau Pokok Terung Banyak Daun Tapi Buah Kurang, Itu Tanda Kena Buang Daun Tak Berfungsi

Proses ini amat penting pagi memastikan pokok kita,
1. Kurang risiko serangan perosak dan penyakit.
2. Sistem pengudaraan yang baik kepada pokok.
3. Menjimatkan pengambilan nutrien.
4. Agihan nutrien dalam pokok lebih seragam.
5. Meningkatkan pengeluaran buah.

IKLAN
Selain itu:  9 Tip Elak Kejadian Tertinggal Bayi Dalam Kereta Berulang. Jangan Letak Anak Di Lokasi Blindspot!

Banyak daun tak berfungsi punca buah kurang

Jika pokok terung yang kita tanam subur sangat dan buahnya kurang. Ia biasa disebabkan oleh banyaknya daun yang tidak berfungsi di pokok.

Prunning daun usah sayang. Masa prunning berpada-pada juga, jangan sampai botak pula pokok.

Bila dah botak, tumbesaran pokok akan terganggu. Jadi kes tak cukup makanan pula sebab kilang dah kurang. Nak pulih balik, kena ambil masa.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Azuan Abdullah

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI