Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.
Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.
Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Ads
Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.
Ads
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
Ads
5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.
6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.
Jika bercucuk tanam di rumah selain baja, garam Epsom ini wajib ada kerana ada banyak kegunaan atau manfaat untuk pokok. Garam ini selalu digunakan di spa kecantikan tapi zat magnesium dalam garam ini juga sangat berguna untuk pokok sayur atau buah.
Antaranya menjadikan hasil pokok buah lebih manis, benih cepat bercambah, rawat daun pokok sayur kuning, kerinting, mengelak serangan perosak dan banyak lagi.
Untuk cara penggunaan garam ini dan sukatannya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Puan Liyana Poad
Garam Epsom kena ada kalau bercucuk tanam
Manfaat dan cara penggunaan
1. Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih. Cara penggunaan: 1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 – 2 sudu gaul dengan tanah semaian
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi ‘makan’ kepada pokok, menambah garam Epsom kepada tanah akan meningkatkan lagi penyerapan secara semula jadi. Cara penggunaan:1 sudu 1 pokok tabur pada tanah sekeliling pokok
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu atau ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar atau dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Ini kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelak pokok layu selepas dialih boleh gunakan garam Epsom.
Cara penggunaan: Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah.
4. Rawat Daun Kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun yang menguning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun yang sihat.
Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula.
Kadar : Siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali.
5. Elak Daun kerinting Untuk Pokok Cili
Mencegah masalah daun kerinting/leaf curling dengan Epsom salt. Daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit.
Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun. Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air, siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelak Perosak Tanaman
Garam Epsom boleh digunakan untuk elak siput, ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik di dalam bekas hidroponik. Perlu diingat bahawa garam Epsom larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan garam ini. Cara penggunaan: Tabur pada tempat yang bermasaalah.
7. Memaniskan Buah
Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis. Boleh juga diguna pada pokok tomato. Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.
8. Melebatkan Buah Cili, Buah lebih besar, Lebih Pedas
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
Cara penggunaan: Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali
9. Pokok Rose Lebih Cantik, Bunga Lebih Besar
Guna garam Epsom untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun lebih gelap. Guna ketika awal penanaman ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Ramai yang guna dapur gas jenis kaca di rumah. Walau dah lama pakai tapi mungkin juga tak perasan ia sebenarnya didatangkan dengan pemetik api menggunakan bateri.
Ada masa akan berlaku masalah pemetik apinya tak berfungsi, petik-petik api tak keluar. Waktu itu mulalah kita fikir nak beli dapur baru, ataupun beli pistol pemetik api, sedangkan yang perlu dilakukan cuma tukar baterinya saja.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...