Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.

Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.

Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat

Kalau Roti Banyak & Dah Nak Expired Buat Puding Roti Karamel. Senang Saja, Kisar & KukusBahan-bahan

3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

IKLAN
  1. Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.

2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.

IKLAN

Kalau Roti Banyak & Dah Nak Expired Buat Puding Roti Karamel. Senang Saja, Kisar & Kukus

4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.

IKLAN

5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.

6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.

Selamat mencuba!

Sumber: Hazlinaa Ghani

Selain itu:  Cara Buat Kek Coklat Ringkas. Putar Pakai Blender, Kukus Dalam Kuali Tapi Hasilnya Lembut & Sedap
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI