
Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.
Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
Selebihnya boleh lihat perkongsian dari Atam Ayu
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja
Pandangan dari depan
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih
Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Sumber: Atam Ayu
Didik Anak Lelaki 5 Perkara Ini Sebelum Mereka Masuk Usia Remaja

Isi Kandungan
Toggle
Tanggungjawab anak lelaki dalam keluarga memang besar. Tak kira anak sulung atau anak bongsu mereka seharusnya jadi pelindung pada adik beradik perempuan.
Bukan itu saja anak lelaki seharusnya didik menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Kerana mereka adalah bakal suami, bapa, ketua keluarga yang di bahu mereka terletak amanah yang cukup besar.
Justeru itu supaya menjadi lelaki yang lengkap pakejnya perkara berikut menurut Coach Parenting Taufiq Razif perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka menjengah usia remaja.
Didik Anak lelaki #5 Perkara Ini Sebelum Usia Remaja
#1. Melindungi
Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
#2. Lemah lembut
Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3. Rajin
Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
#4. Hormat
Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
#5. Mencintai
Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya
Sumber: Taufiq Razif
Nak Berjaya, Alasan Buang Jauh-Jauh, Chef Wan Saran Jadikan Video Bayi Usaha Turun Dari Katil Sebagai Inspirasi

Isi Kandungan
Toggle
Hendak berjaya dalam hidup, seseorang itu perlu berusaha. Chef Selebriti, Chef Wan semalam berkongsi video seorang bayi perempuan turun dari katil sebagai inspirasi. Sesungguhnya video itu sungguh memberikan maksud tersirat.
Menurut Chef Wan, kejayaan tidak akan datang bergolek. Apatah lagi bagi orang yang suka beri alasan dan asyik menyalahkan orang lain. Seseorang itu juga perlu belajar hidup dalam kesusahan terlebih dahulu supaya boleh membina jati diri yang kuat berusaha untuk hidup senang.
Kuasa minda seorang bayi
Please take time to watch this video till the end.
Such a bright child and wise too.
See how the mind power developed by itself even as a baby Allah dan beri a mind of its own.Its all about survival.
This is the mind power that has strong determination and will power not to give up on things.
We should dari awal learned to cultivate this didalam sifat anak2 kita to acquire and learned new things.
Dididik dari kecil
As a child i too developed my own instinct untuk terus berusaha mencari rezeki yg Halal untuk my own family ad young as umur 9 tahun dah mula menjual kueh dan betcucuk tanam my 1st lesson how i can bring food to the table.
Despite being successful i also encouraged both my children to do what they need to do to be successful with me not sticking my nose to much but i am always there to guide them if they need too.
Biar mereka belajar cara hidup yg susah tetap gigih dan belajar dari kesilapan masing2.
Its the best lesson they can give themselves as i went through that myself.
Segala ujian jadikan lebih kuat
Remember i always say.
” What doesnt kill me will make me stronger!”.
Some people bila kita bercerita benda yg baik mereka pulak terasa hati konon nya kita ini menunjuk kebaikan kita dan sudah rasa besar kepala pulak?
Ada yg berkata ” U boleh la buat semua u buat boleh jadi tetapi kita belum tentu lagi!”
U see if they both have such defensive attitude to ” comfort” themselves how are they going to opened up and change?
U see alot of successful people in their life will make special effort to usaha and not be spoon fed neither memberi pelbagai alasan yg remen temeh.
They just go and do it?
Jadikan video ini sebagai teladan
Look at this child with the mind of her own using her common sense she said by hook or by crook i am getting out of this bloody bed!
At last she made it.
Sempat gelak lagi as she knew that in the end she can do it.
See how people can be motivated and driven all the time?
Buang alasan jauh-jauh
U wonder why?
Its all about making it happened!
Bukan beri alasan atau mencari kesilapan orang lain!
U think what others might think of me will change my mind set?
Off course not!
Infact what they do is give me more strength each day.
THIS IS HOW ONE SHOULD HANDLE LIFE.
STOP JUDGING AND STOP FEELING THAT U CANT DO IT!
VK pun jadi termotivasi bila tengok video ni. Bijak betul baby tu.
Sumber: Chef Wan
“Pergi Haji Waktu Hamil Itu Indah Dan Menyenangkan.” Pengalaman Berharga Oki Setiana Dewi

Isi Kandungan
Toggle
Sejak terlibat dengan program Gema Gegar Vaganza nama Oki Setiana Dewi cepat dikenali di Malaysia. Apatah lagi dengan penampilannya yang sangat disenangi.
Namun ramai yang tak tahu ketika ini Oki sebenarnya sedang sarat hamil. Menariknya kehamilan itu tidak pula menghalang dia untuk menunaikan ibadah haji.
Baru selesai menjalani rukun Islam kelima dia telah pun pulang ke tanah airnya, Oki menceritakan pengalamannya selama di sana.
‘Perjalanan ibadah yang cukup indah’, demikian titip Oki dalam instagram miliknya @okisetianadewi baru-baru ini. Buat ibu hamil boleh jadi kisah Oki ini sebagai panduan.
Artikel berkaitan: 6 Gaya Muslimah Sejati Oki Setiana Dewi Yang Sejuk Mata Memandang
Pergi haji saat mengandung indah dan menyenangkan
@okisetianadewi_Pikiran itu yang saya bawa saat hendak meninggalkan Indonesia dan Alhamdulillah hingga saat kembali ke tanah air.
Saya mengetahui kondisi tubuh saya sendiri dan tentunya setelah dokter mengizinkan. Apa yang saya bayangkan?
Saat panas hari harus berjalan jauh, saya bayangkan Siti Maryam saat mengandung Nabi Isa as. Beliau sendiri! Tak dibantu siapapun! Dalam keadaan haus dan lapar. Sedangkan saya? Ada suami dan jemaah lain yang senantiasa bersama. Makanan pun berlimpah ruah.
Saya bayangkan Asma binti Abu Bakr, yang dalam keadaan hamil tua bolak balik mendaki gua tsur yang tinggi dan curam untuk memberi makan ayah dan Nabi Muhammad saat mereka sedang bersembunyi. Sedangkn saya? Semua jalan lurus-lurus saja. Kalau mendaki pun biasanya ada tangga.
Saya bayangkan Siti Hajar bolak balik sendirian sedangkan saya…
Saya bayangkan Siti Hajar bolak balik sendirian jalan kaki dari Shofwa dan Marwa. Sedangkan saya, Duh malunya, kursi roda tersedia dimana-mana untuk mereka yang membutuhkan.
Rasanya tak patut bagi saya menjadikan ‘alasan kehamilan’ saya yang insyaAllah saya rasakan sehat ini menjadi alasan untuk tak berhaji.
Rangkaian ibadah haji ini pun saya rasakan sebagai totalitas penghambaan, kesungguhan dan keberserahan…
Maka di akhir kepulangan saya menuju Indonesia, saya hanya berharap dengan segala keterbatasan fisik dan pemahaman , semoga Allah anugerahi haji yang mabrur.
Dan anak ini, semoga kelak menjadi cerita indah untuknya. Bahwa ibunya dan ia pernah bersama-sama dalam rangkaian ibadah yang indah ini.
Pernah saling menguatkan dan saling menyabarkan dalam meniti jalan keimanan. semoga terus seperti itu ya, Nak!
10 September 2017
#RenunganHaji #DiaryHaji #Hajj2017
Sumber: @instagram @okisetianadewi