Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun i
ni.1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).
Bila dah lakukan semua di atas, inilah hasilnya…
Selamat mencuba.
Sumber: Harun Arun
Cara simpan cili supaya tahan sampai 8 bulan