Kalau Suka Minum Kopi, Doktor Gigi Nasihat Ikut 7 Tip Ini Supaya Gigi Tak Kuning Dan Sensitif

Share

Peminat kopi memang ramai, ada yang tak keruan kalau tak minum air ini dalam sehari.

Tapi satu masalah peminum kopi tegar ini adalah, gigi jadi kuning. Bila senyum boleh nampak jelas.

Bagi mengurangkan masalah ini norulmadihahh yang juga doktor gigi berkongsi tip yang boleh dilakukan.

Tip elak gigi kuning jika suka minum kopi

Untuk penggemar kopi & teh, mesti anda perasan gigi anda lebih mudah jadi kuning. Bukan tu saja, gigi pun boleh jadi sensitif.

InsyaAllah kali ni saya cerita tip untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi

1) Minum guna straw & elakkan minum terus dari cawan/gelas.

Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju direct kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu.

Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi —> lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi/teh.

Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.

4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi/teh. Tunggu 30 minit – 1 jam dulu.

Kedua-dua minuman ni berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut —> struktur gigi jadi lebih lemah.

5) ‘Latte’ lebih baik dari ‘Americano’!

Secara ringkas, susu dalam kopi/teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman dari melekat di atas permukaan gigi.

6) Minum dalam one-shot lebih baik dari minum sikit demi sikit.

Bukanlah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula.

Point di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus & floss gigi.

Kebersihan yang tak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.

Kalau ikut 7 tips ni minum kopi, tak akan ada kesan ka? Tak lah begitu. Kesan tu masih ada, cuma kurang.

Semoga bermanfaat

Sumber: norulmadihahh

Published by
VK