Teringin nak bercucuk tanam tapi tanah di kawasan rumah jenis tanah liat. Tanah jenis ini memang diketahui tanaman sukar untuk hidup subur.
Tapi jika teringin juga boleh cuba satu jenis tanaman ini iaitu nenas! Tanaman ini memang boleh hidup di tanah liat walaupun keras.
Bagaimanapun sebelum itu ada 3 langkah yang perlu dilakukan untuk pastikan nenas hidup subur di tanah jenis ini. Caranya dikongsi oleh Opy Soleha Wahyu.
Tip tanam nenas di tanah liat
Tip untuk mereka yang nak tanam nenas ND2 di tanah liat keras. Sebelum tanam buat 3 langkah ini
Ads
1. Cangkul tanah dan buat batas.
2. Kemudian taburkan pasir pantai/pasir sungai di atas batas.
3. Selepas itu taburkan pula kapur (dolmate) di atas batas dan biarkan 7-10 hari. Kemudian barulah tanah sesulur benih nenas.
Ads
INFO
Fungsi pasir untuk membantu melembapkan tanah sepanjang masa terutama di musim kemarau.
Cara tanam nenas guna jambul
Selain menggunakan sesulur, nenas juga boleh ditanam menggunakan jambul. Kelebihannya, jambul ini boleh dibelah dan menghasilkan beberapa anak pokok. Caranyanya boleh ikut langkah di bawah;
1. Ambil jambul nenas, buang sedikit daun-daun pada pangkal.
2. Kemudian belah empat, potong sikit pucuk daun seperti dalam gambar lalu terus tanam.
Ads
3. Selepas dua minggu akan nampak mata tunas pada celah daun. Ini anak pokok berusia sebulan lebih.
Ramai yang cuba tanam pokok ketumbar di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan.
Tapi malang ada yang banyak kali cuba tanam tapi tak juga hidup. Anak pokok naik tapi tak tahan lama kerana batang pokok busuk terutama sekali bila tanam melalui keratan akar.
Masalah yang sama dihadapi oleh Rosziyana Bakar. Namun setelah cuba tanam melalui kaedah biji benih barulah menjadi. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari beliau. Turut dikongsi tip penjagaan supaya kekal subur.
Tanam pokok ketumbar cara ini baru menjadi!
Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ini, banyak kali tanam guna keratan akar batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.
Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar (beli di Mr. DIY jenama Trio). Tak rendam dulu pun, terus semai. Alhamdulillah, senang hidup dan subur. Apa yg saya belajar.
✅2 minggu baru tumbuh.
✅Siram pagi & petang.
✅Siram waktu tengah hari jika cuaca panas & pokok nampak layu(1 gelas air sahaja).
✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain).
✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.
✅Pokok ketumbar suka air, tanah kena sentiasa lembap tapi bukan terendam ya.
Bila pilih ayam untuk dibuat lauk dah tentu kita mencari yang segar saja. Tapi masalahnya bila kita simpan lama dalam freezer ayam ini dah jadi kurang segar.
Sebenarnya ada petua mudah yang boleh kita praktikkan untuk memastikan isi ayam ini kembali segar dan kemerahan. Caranya dikongsi oleh Rohaida Ieda.
Petua isi ayam kembali segar kemerahan
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa.
4) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar
Tip ekstra
-Boleh juga letak renjis sedikit cuka bersama garam untuk menghilangkan bau hanyir dan juga lemak pada ayam.
-Selain juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.
Ulam pegaga antara yang disukai ramai, selain sedap ia juga banyak khasiat untuk kesihatan termasuklah awet muda.
Disebabkan itu berbaloi sangat jika tanam pegaga ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu atau dalam botol minyak macam yang dilakukan oleh Nalini Zee. Ulam ini ditanam di tepi rumah saja tapi punyalah subur.
Kalau nak dapat hasil pegaga yang begini boleh ikut tip yang dikongsi beliau.
Pokok pegaga ini ditanam dalam botol minyak masak saja, gunting bahagian atas supaya terbuka. Bahagian bawah ditebuk untuk pengaliran air.
2. Pokok pegaga ini ditanam daripada akar. Kalau beli pegaga di pasar, ada lebih boleh cucuk pada tanah. Tanah yang digunakan tak perlu banyak.
3. Tanah yang digunakan ini adalah tanah sawit. Paling elok hasil pegaga.
4. Tak perlu baja & racun. Boleh gunakan lebihan cecair daripada kulit telur yang dicampur air untuk siram. Boleh juga siram dengan air basuhan beras.
5. Pokok pegaga ini seeloknya letak di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
6. Bila dan besar, boleh petik daunnya saja akar tinggalkan.