Rumah yang laman ada tanam pokok petunia ini memang akan berseri. Sebab itu ramai yang cuba tanam. Cuma masalahnya pokok bunga ini senang layu.
Bagi yang ada menanam petunia dan berdepan masalah yang sama boleh jadi penjagaan yang dilakukan kurang tepat. Ini tip penjagaan yang betul untuk pokok bunga petunia, perkongsian Kebun2u.
Lalu lalang rumah kak Senah merimbun sungguh bunga petunia. Berseri-seri sungguh. Sedap mata memandang. Sungguh memukau.
Petunia sebenarnya adalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan. Sebelum itu, jom kita semak semula apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas dalam penjagaan pokok kesayangan ini.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan penanaman pokok bunga petunia.
1. Memerlukan cahaya matahari penuh
Pokok bunga petunia memerlukan cahaya matahari 80%-100% untuk menghasilkan bunga yang banyak. Kalau diletakkan bergantungan di gajaj kereta, pastikan terkena dengan cahaya matahari. Jika tidak, alamat tidak berbunga lah dia
2. Penyiraman yang tidak berlebihan
Pokok bunga petunia tidak suka di siram terlalu kerap/banyak kerana akan menyebabkan akar pokok berkulat. Sebaiknya, waktu penyiraman pada sebelah pagi dan di kawasan pangkalnya. Siraman pada sebelah petang / malam tidak digalakkan kerana akan menyebabkan akar menjadi masam dan busuk.
3. Sekiranya beli di nurseri
Berkemungkinan, tanah pun telah habis nutrisi nya. Sebaiknya, tukar medium dan campurkan sedikit baja organik agar pokok bunga dapat menghasilkan bunga serentak.
4. Pemangkasan
Untuk menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
Buang daun dan bunga yang layu
Pokok bunga petunia sangat manja dan sentiasa di belek. Setiap minggu perlu membuang / petik daun bunga yang layu. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih.
Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
Pembajaan
Pokok bunga petunia sama seperti pokok bunga lain. Pokok perlu dibaja seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang optimum.Gunakan baja organik kerana tidak mengakibatkan lecur pada pokok danmampu memberikan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok bunga.
Hujan
Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Kebun2u