Kalau Tanam Pokok Bendi Kena Jarakkan Ikut Cara Ini Baru Pokok Subur, Banyak Cabang & Buah

Share

Kalau bercucuk tanam di laman rumah, pokok bendi antara yang selalu ada. Ini kerana cara tanam dan penjagaannya yang agak mudah.

Cuma yang kerap jadi rungutan bila pokok bendi yang ditanam tak banyak cabang atau tak lebat buahnya. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk memastikan pokok bendi banyak cabang sekaligus banyak buahnya. Tip yang dikongsi oleh usahawan tani Wahida Hambali

boleh dijadikan panduan.

Tip nak bagi cabang pokok bendi banyak, buah lebat

1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8

2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris.
Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting untuk pokok berkembang dengan baik.

3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini.
NPK Yara Mila 151515
– Minggu 1 sampai minggu ke 3
Bagi seminggu sekali
-Baja NPK Yara Mila 161616
Minggu 4 sampai minggu 5
– Baja NPK Yara 131321
Minggu 6 sampai habis nyawa pokok
– Baja NPK Yara 1212172
Minggu 8 sampai habis nyawa pokok
* Boleh selang seli setiap minggu antara baja 161616, 131321, 1212172
Bagi anggaran 20 ke 30gm setiap pokok lebih kurang 1 sudu.

4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali.

5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.

6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah untuk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.

Hasil panduan ini boleh menghasilkan 1 pokok ada 4 hingga 6 tunas akan ada 4 hingga 7 biji sepokok sekali tuai setiap hari atau 2 hari sekali.

Sumber: Wahida Hambali

Published by
VK