Pokok betik antara pokok buah yang selalu ditanam di kediaman. Tanam tepi rumah pun menjadi kerana ia mudah hidup dan dijaga.
Bagi yang berminat untuk tanam di sekitar rumah namun belum tahu cara yang betul penanaman betik, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaiton Hamid ini.
Cara semai biji benih dan tanam anak pokok betik
Pokok betik merupakan pokok yang boleh hidup lama jika dijaga dengan baik. Ilmu ini saya dapat dari seorang rakan.
Cara semaian biji betik
Rendam biji betik dalam air suam lebih kurang 3 jam atau jemur di tengah panas hingga kering.
Biji betik mengandungi gel pelindung maka kita perlu hilangkan gel itu dulu supaya mudah bercambah. Kalau tanam biji yang kering, dalam seminggu dua biji benih sudah bercambah jadi anak pokok. Berbanding yang tak dikeringkan yang akan ambil masa lebih lama.
Setelah kering, taburkan biji tersebut di tapak semaian.
Siram 2 kali sehari untuk proses penumbuhannya.
Tunggu sehingga anak pokok tumbuh.
Tip pilih biji benih betina supaya berbuah
Foto: Facebook Ardi Tani
Sewaktu pilih biji benih pastikan pilih biji benih betina supaya pokok berbuah. Caranya cari biji betik yang berwarna hitam.
Ataupun guna cara ini;
– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air dan kacau.
– Buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu adalah biji benih jantan.
– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.
Cara tanam anak pokok & tip supaya pokok berbuah rendah
Foto: Facebook Pertanian Satu Perniagaan
1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.
Ads
2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar tapi buah tiada.
3. Untuk membezakan anak pokok betik jantan atau betina lihat pada akarnya.
– Akar memanjang ke bawah jantan (tak perlu tanam kerana tak berbuah)
– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)
4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya, maka siram 2 kali sehari namun pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.
Ads
5. Tip jika mahu pokok betik berbuah rendah, tanam batang pokok semuanya dalam tanah sewaktu semai anak benih. Biar tinggal sikit saja bahagian batang kat bahagian atas.
Kalau buat pisang atau tempe goreng hidang pulak dengan sambal kicap Johor ni memang layan. Bukan orang Johor pun ramai yang suka makan begini.
Sambal kicap ini jugak mudah saja membuatnya. Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Qaseh sambal ini bukan saja sedap tapi boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal kicap Johor yang sedap ‘kebabom’ & tahan lama
Bahan-bahan
1 genggam cili burung (lebihkan kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 genggam bawang goreng
1 cawan kicap Kipas Udang atau jenama lain
1 sudu chicken stok
5 sudu gula perang
5 biji perahan limau
Cara membuat:
1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit saja ya. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian masukkan dalam blender masukkan kicap, cili dan bawang putih yang digoreng. Masukkan juga bawang goreng, chicken stok, gula perang dan perahan limau.
3. Kisar sampai lumat. Dah siap. Sama nak pekat atau cair sambal kicap, ikut cita rasa kita.
4. Simpan dalam bekas bertutup. Kalau simpan dalam peti sejuk tahan berbulan-bulan. Tapi kalau selalu buat pisang atau tempe goreng mana mau tahan lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Qaseh
Subscribe YouTube Channel Vanilla Kismis untuk video menarik
Selalu kerang sama ada kita rebus atau buat masak kerabu. Ataupun isi kerang kita kupas buat sambal dan juga masak rendang.
Tapi resepi ini lain sikit, kerang yang belum dikupas ini boleh juga dibuat masak sambal tumis. Hidangan ini memang sedap kalau diratah. Resipi ini adalah hasil perkongsian Nurul Ain Muhamad Hassan.
Sambal Kerang Tumis, Ratah Lagi Layan
Bahan-bahan
Kerang – dicuci bersih
Bawang besar – 2 biji dihiris
Serai – satu batang diketuk
Bawang putih dan bawang merah – dikisar
Cili kering -kisar
Daun kesum – dihiris
Bunga kantan – 1 batang dihiris
Daun bawang dihiris
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar (sukatan ikut cita rasa pedas). Tumis hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan hirisan daun kesum dan bunga kantan (jika suka). Kalau letak kantan ini rasanya akan jadi lagi sedap.
4. Bila sambal dah agak kering masukkan kerang yang dicuci bersih.
5. Tutup kuali dalam 5-10 minit kemudian taburkan bawang yang dihiris.
Sagu gula Melaka antara pencuci mulut yang yang sedap terutama lepas makan tengah hari. Lega tekak, terutama kalau dapat yang sejuk.
Tapi bila cuba buat sendiri hidangan ini mesti kejadian biji sagu tak berapa cantik. Selalu ada biji putih, tak dapat yang jernih. Lepas tu bergumpal pula.
Sebenarnya nak masak sagu ada tekniknya. Barulah dapat hasil sagu yang jernih, cantik dan tak bergumpal. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nur Aqilah Jufri.
Cara masak biji sagu supaya jernih putih macam kristal
1. Rebus air dalam periuk, pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak sagu hancur dan hilang.
2. Jangan basuh sagu supaya sagu tak hancur bila dimasak.
3. Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
4. Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat. Hasilnya sagu jernih macam kristal.
Cara buat sagu gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (boleh pakai santan atau susu segar cuma rasa lain-lain)
2 sudu gula merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (jika suka)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (jika suka)
Cara membuat:
Ambil sagu yang sudah dimasak tadi. Letakkan pewarna dan biar selama 20 minit.
Selepas itu cuci dengan cara lalukan sekali lagi bawah air paip mengalir supaya susu nanti tidak berwarna.
Untuk kuahnya masukkan susu cair, air (sukat guna tin cair), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. Biarkan masak seketika.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...