Pokok betik antara pokok buah yang selalu ditanam di kediaman. Tanam tepi rumah pun menjadi kerana ia mudah hidup dan dijaga.
Bagi yang berminat untuk tanam di sekitar rumah namun belum tahu cara yang betul penanaman betik, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaiton Hamid ini.
Pokok betik merupakan pokok yang boleh hidup lama jika dijaga dengan baik. Ilmu ini saya dapat dari seorang rakan.
Sewaktu pilih biji benih pastikan pilih biji benih betina supaya pokok berbuah. Caranya cari biji betik yang berwarna hitam.
Artikel Berkait: Cara Betul Pilih Biji Benih Betik Supaya Pokok Yang Ditanam Berbuah
Ataupun guna cara ini;
– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air dan kacau.
– Buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu adalah biji benih jantan.
– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.
1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.
2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar tapi buah tiada.
3. Untuk membezakan anak pokok betik jantan atau betina lihat pada akarnya.
– Akar memanjang ke bawah jantan (tak perlu tanam kerana tak berbuah)
– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)
4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya, maka siram 2 kali sehari namun pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.
5. Tip jika mahu pokok betik berbuah rendah, tanam batang pokok semuanya dalam tanah sewaktu semai anak benih. Biar tinggal sikit saja bahagian batang kat bahagian atas.
Semoga bermanfaat
Sumber: Zaiton Hamid