Mangga, longan, jambu batu, jambu air, limau, lemon dan sebagainya antara pokok buah yang sesuai ditanam dalam pasu.
Ramai yang tinggal di kediaman teres menanam pokok atau membeli anak benih pokok buah ini untuk ditanam di rumah.
Agar ia subur dan dapat merasa hasil, pokok buah yang ditanam dalam pasu atau kaedah tambulapot (tanam buah dalam pot) ini sebenarnya memerlukan penjagaan khusus. Boleh ikut panduan oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani
ini.1. Siraman- pokok harus disiram setiap pagi dan petang, bukan pada keadaan yang terlalu panas, untuk mengelakkan pokok lecur. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan turun pada hari tersebut.
2. Baja –
penggunaan baja adalah berkala, seminggu sekali dan seterusnya 2 kali sebulan. Boleh gunakan baja organik.3. Cantas – pencantasan perlu dilakukan supaya pokok tidak terlalu besar, dan buah tidak terlalu banyak yang akan mengakibatkan buah kurang manis dan lebih kecil.
4. Gembur tanah – penggemburan tanah harus dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika tanah kelihatan padat dan kering.
Semasa proses penggemburan, bersihkan kawasan tanah, daripada pokok-pokok kecil. dan jika ada benih yang terhasil, putuskan dari induk dan cambahkan kepada pasu yang lain.
5. Kawalan serangga juga penting untuk mengelakkan pokok dijamah serangga/pepijat.
Selamat mencuba
Sumber: Durian Monthong Tani Foto : TenTen Ternak