Kalau di kampung, pokok jambu air ini antara yang selalu ditanam di halaman. Senang nak makan, petik saja. Kalau ada jambu air madu lagi syok, buat colek untuk makan waktu petang. Terbaik!

Pokok jambu air ini memang berbuah lebat tapi nak dapatkan buah yang cantik, besar dan padat kena buat penjagaan. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Iffah Effah. Kalau tengok jambu yang ditanam buahnya memang cantik.

Guna petua ini supaya jambu air manis, padat!

Kalau Tanam Pokok Jambu Air Ikut Petua Tabur Garam Supaya Buahnya Besar, Padat & Manis

Menurutnya pokok jambu air yang ditanam ini langsung tak mengunakan racun tapi tetap elok, padat dan sedap buahnya. Ini tip yang dikongsi:

1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, ambil sedikit garam kasar dan tabur. Tapi nak tabur ada caranya kita berdiri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sebab akar dah gerak jauh dari batang, sama jugak kalau bagi baja).

IKLAN

Tabur garam itu tujuannya untuk tambahkan manis pada buah. (Ini orang dulu-dulu cakap, mereka kan lebih dulu makan garam). Jadi jangan tabur gula pulak sebab nak bagi manis.

2. Pokok jangan biar terlalu tinggi, cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki supaya senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut.

3. Waktu buah berputik, bila dah besar dalam 20 sen balut buah guna plastik dan surat khabar. Pastikan gunting kiri dan kanan supaya air hujan tak bertakung.

IKLAN

Kalau Tanam Pokok Jambu Air Ikut Petua Tabur Garam Supaya Buahnya Besar, Padat & Manis4. Tujuan kita balut buah supaya lalat buah tak serang (buah tak cacat & rosak ) kalau sebelum balut itu ada bintik-bintik hitam tu boleh lah buang awal-awal pilih yang cantik-cantik saja.

Selain itu:  Tip Suburkan Pokok Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu. Baru Meriah Buah & Daun

5. Masa kutip hasil pula, kalau boleh buah busuk yang jatuh bawah dahan sebaiknya korang sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bawah pokok. Sebab buah yang busuk itu ada fungus jadi ulat akan merebak cari akar jambu. Sebab itu kena bersih kan supaya pokok boleh tahan lama.

Kalau Tanam Pokok Jambu Air Ikut Petua Tabur Garam Supaya Buahnya Besar, Padat & Manis6. Buang sedikit daun supaya udara boloh masuk, banyak sangat daun nanti buah kurang (gila daun).

IKLAN

Hasilnya

Kalau Tanam Pokok Jambu Air Ikut Petua Tabur Garam Supaya Buahnya Besar, Padat & Manis

Kalau Tanam Pokok Jambu Air Ikut Petua Tabur Garam Supaya Buahnya Besar, Padat & Manis

Selamat mencuba!

Sumber:  Iffah Effah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI