
Daun kesum banyak kegunaan dalam masakan. Sebab itu ramai yang berusaha tanam sekitar rumah. Dapat sepasu jadilah.
Tapi selalu terjadi, dah cuba beberapa kali tanam tak juga hidup. Baru tumbuh daun baru sikit tapi akhirnya kuning, layu dan mati.
Kalau dah beberapa kali cuba tetap tak menjadi, boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Kay Hassan ini. Kaedahnya, guna pinggan polisterin.
Cara tanam pokok kesum kaedah cucuk polisterin
Cara saya semai pokok kesum, kepada kawan-kawan yang tanam tak hidup-hidup cuba cara ini.
1. Sediakan polisterin atau polyfoam.
2. Tebuk lubang pada polisterin. Ambil keratan batang pokok kesum dan masukkan pada lubang tadi. Biarkan terjulur separuh di bahagian bawah.
3. Letak dalam bekas yang berair dan biarkan 3-4 hari.
4. Bila nampak dah berakar, boleh tanam ke dalam pasu.
5. Pastikan tanah dalam pasu atau bekas lembap. Letakkan pokok kesum ini di tempat teduh selama beberapa hari.
6. Bila nampak pokok dah segar, barulah letak ditempat yang terkena cahaya matahari.
Ini saya guna pinggan polisterin. Lagi mudah, pokok tak terbalik.
Seluar Hitam Dah Pudar, Lakukan Langkah Ini Untuk Hitamkannya Semula. Hasilnya Macam Baru Beli

Isi Kandungan
ToggleSeluar hitam terutama jeans bila dah lama pakai selalunya akan pudar warna. Kalau masih elok takkan nak masuk stor, lagi pulak jika seluar hitam ini selesa dipakai.
Supaya boleh terus mengenakannya, kita boleh hitamkan kembali seluar yang dah pudar ini. Caranya dikongsi oleh Erene__
Cara hitamkan semula seluar hitam yang pudar warna
Bahan diperlukan
- Fabric dye dan pemati warna (klik SINI untuk beli di Shopee. Beli dye dapat sekali pemati warna)
- Garam
- Air panas
Langkah hitamkan seluar
- Rendam atau basahkan dulu seluar.
2. Tuang air panas dan masukkan garam. Kacau
3. Kemudian masukkan fabric dye. Kacau rata.
4. Rendam selama 30 sambil kacau.
5. Jemur kering. Waktu ini memang seluar pun dah nampak hitam, tapi kena buat proses matikan warna supaya tak luntur. (Boleh klik SINI untuk lihat video)
@erene__ Anak syurga je kacau pakai hanger … #tipsbuatkamu #dyebaju #dibannedtrops #tipsandtricks ♬ Anymore – 전소미
6. Sediakan air dalam bekas, tuang garam dan masukkan pemati warna. Kacau.
7. Rendam selama 2-3 jam. Angkat dan jemur hingga kering.
8. Dah siap. Macam seluar baru beli hasilnya. Tag tak jejas pun, hanya seluar yang hitam (boleh klik SINI untuk lihat video)
@erene__ Reply to @itsmeursweetie SELAMAT MENCUBA 😜 Jimat wehhh 🤏🏻😛 #replyingtocomments #dyebaju #part2 ♬ TWINNEM – Coi Leray
Selamat mencuba.
Sumber: Erene__
Cara Berkesan Bersih Permukaan Dalam Rumah Yang Kotor Berkeladak, Berkarat & Berkulat. Hilang Semua!

Esok hujung minggu biasanya ramai yang akan mengemas dan membersihkan rumah. Selalunya tumpuan kita kemas ruang tamu, dapur dan bilik tanpa menyedari ada beberapa bahagian dalam rumah yang dah berhabuk, berdaki malah berkarat akibat lama tak dibersihkan.
Antaranya bahagian dalam kabinet, bilik air, cermin, lantai, pintu malah bahagian suis yang sudah melekat kotoran hingga sukar dibersihkan.
Cuba periksa bahagian ini dalam rumah, jika ada boleh ikut tip yang dikongsi oleh Haryati Hossen untuk membersihkannya. Tip ini memang berguna dan ia perkongsian beliau mendapat lebih 30k share di Facebook
1. Permukaan berhabuk
Lap dgn kitchen/microwave wipes dulu. Bersihkan dengn magic sponge & lap dgn kain microfiber.
Tip: Stok makanan kering dalam kabinet dapur better simpan dalam storage yg bertutup (utk elak semut/haiwan lain). Kabinet rumah saya tak pernah pulak jadi macam ni jadi tak tau ape punca habuk-habuk ini.
2. Permukaan berkarat dan berkulat
Tabur Zip & stain remover, biar dalam beberapa minit. Yang ini saya guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu pun.
Selepas
Tip: Jenguk lah bahagian ini sekurang-kurangnya 2 minggu sekali pun ok untuk tengok ada tak najis haiwan perosak/habuk/ kulat. Lap saja dgn air paip pun dah ok.
3. Permukaan cermin berkulat
Spray dgn clorox mold remover, sental dgn span kasar, lap dgn kain microfiber.
Selepas
Tip
-Lap dengan span & sunlight/ wet wipes Vinda pada permukaan dapur gas dan dinding setiapkali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dengan kitchen towel.
-Jangan lap direct percikan minyak/sambal dgn kain nanti kain jadi sangat kotor. Boleh lap direct dgn kitchen towel/wet wipes.
-Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap. Lap dengan kain & air paip je pun dah cukup bersih.
4. Bilik air berkulat
Sebelum
Selepas
Tip
-Spray Clorox Molder Remover dlm toilet bowl 2 kalu seminggu. Tak perlu berus pun takpe, flush terus pun boleh. Insya’Allah tak sempat kotor toiletnye.
– Untuk bersih dinding bilik air yang berlumut serbuk Zip + spray clorox
– Standby magic sponge dalam toilet, amik masa beberapa minit utk lap manja dinding toilet 2-3 hari sekali. Kalau nak tunggu keladak berkumpul sampai berminggu-minggu, memang jenuh nak bersihkan.
5. Drawer
Lap dgn magic sponge & zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.
Sebelum
Selepas
6. Tempat suis berkeladak
Magic sponge + air. Tak perlu sental kuat², guna tenaga biasa saja.
Tip: Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes/hand sanitizer dalam kereta atau handbag utk bersihkan tangan.
7. Lantai
Kain microfiber basahkan. Tuang floor cleaner & lap. Lepastu lap lagi sekali dgn air paip.
Tip
-Kain microfiver memang kena bilas dengan air bersih tiap kali nak lap. Saya rasa saya bilas setiap 2 lane tiles tu. Saya prefer air direct dari paip (bukan dalam baldi) sebab lebih bersih bila bilas kain tu.
Pintu
Lap dengan magic sponge & Zip cream cleanser
Pintu ni ada macam-macam kekotoran- kesan tangan yang kotor, tahi cicak, habuk,
Sebelum
Selepas
Ini adalah bahan pencuci yg berkesan utk cleaning process. Sentiasa ada ready stock dlm rumah ni,alhamdulillah
Semoga bermanfaat.
Sumber: Haryati Hossen
Pucuk Paku Pun Boleh Tanam Sendiri, Ikut Tip Siraman Ini Supaya Pucuk ‘Gemuk-Gemuk’

Pucuk paku tumis atau masak lemak memang sedap. Tapi bila beli untuk masak di rumah selalu frust sebab banyak dapat yang tua.
Boleh saja nak dapat pucuk paku muda dan free, cuma kena cari sendiri tepi jalan, biasanya di kawasan semak. Tapi awas, risiko jumpa haiwan berbisa pun tinggi.
Kalau suka makan pucuk paku ini apa kata tanam saja kat rumah untuk mudah dapat bekalan. Ya boleh tanam sendiri! Nak makan petik saja. Cara tanam pokok paku ini dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Menurut Zaid, dia antara peminat hidangan pucuk paku. Tapi bila beli selalu dapat pucuk tua di samping harganya mahal. Pernah cuba untuk mencari sendiri di tepi sungai kawasan kampungnya tapi kejadian bertemu dengan ular buat dia serik. Jadi untuk memudahkan mendapat pucuk paku dia cuba untuk menanamnya sendiri.
Cara tanam pucuk paku tepi rumah
1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).
2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.
3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.
4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.
5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.
6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah lencun.
Selamat mencuba.
Sumber: Zaid Azizy Yaakob