Kalau Tanam Pokok Pisang, Cantas Daunnya Begini Supaya Hasil Buahnya Banyak

Share

Pokok pisang antara yang selalu ditanam keliling rumah. Pokoknya memang senang berbuah jika ikut penjagaannya.

Bagi yang baru belajar tanam sepokok dua di rumah pastikan pelepah atau daun pisang sentiasa dicantas ikut peringkat tumbesaran pokok. Berikut adalah tip penjagaan pokok pisang yang dikongsi oleh guru Mohd Noor

.

Tip penjagaan pokok pisang, sentiasa cantas daunnya

Pokok pisang memang senang hidup & berbuah tapi dengan penjagaan yang betul penghasilan buahnya akan maksimum. Ini cara-caranya;

1.Tinggalkan daun 8 helai sehingga pokok besar.

2.Apabila keluar jantung tinggalkan daun 6 helai.

3.Apabila buah habis keluar, tinggalkan daun 4 helai & buang jantungnya.

4.Kemaskan pangkal pokok, buangkan selaput yg mati supaya pokok lebih segar.

5. Sekiranya anak pokok terlalu banyak boleh pindahkan ketempat lain supaya pencahayaan lebih sempurna.

Semoga bermanfaat

Sumber: Mohd Noor

Published by
VK