Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah kerana kegunaannya dalam masakan. Tapi ramai juga yang dah berkali-kali cuba tanam tapi tak juga hidup.
Bagi yang melalui situasi ini boleh cuba cara yang dikongsi oleh Noor Liza ini. Beliau juga mencuba 5 kali untuk menanam pokok ini, cubaan kali ke 6 barulah berjaya dan ini caranya;
Begini caranya
Lalui 5 kali cubaan tanam pokok pudina tak nak hidup. Kali ke 6 cuba dan akhirnya berjaya tanam. Dan saya dah tahu caranya…
1. Cari batang yang tua. Buang daun-daun keliling tinggal pucuk.
2. Rendam dalam air dan dedahkan pada cahaya matahari. Dalam 4-5 hari akan keluar.
Ads
3. Kemudian pindahkan ke tanah campuran.
4. Selepas pindahkan, biarkan di tempat yang redup sehari dua, kemudian baru pindah ke tempat yang ada cahaya matahari.
Ads
5. Kena siram 2 kali sehari atau pastikan tanah sentiasa basah.
Ads
Bila dah berjaya sekali, saya terus tanam lagi. Bukan buat jual tapi saya guna untuk letak dalam Vietnamese Spring roll yang saya jual.
Jika teringin bercucuk tanam di rumah tapi tiada ruang, anda mungkin boleh mulakan dengan menanam sayur ini. Apa yang diperlukan untuk menanam sayur ini hanyalah segelas air saja.
Kubis Cina
Anda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina dengan menggunakan tampuknya. Cuma letakkan bahagian bawah tampuk dalam mangkuk dengan sedikit air dan tunggu beberapa hari untuk melihat ia mencambahkan daun yang baru.
Daun bawang, leeks
Apa yang anda perlukan cuma gelas, air dan juga beberapa rumpun daun bawang atau pun sayur leek. Letakkan rumpun sayur ini ke dalam gelas berisi air dan ia akan kekal segar dan bercambah.
Daun pudina
Daun yang mampu menyedapkan teh dan juga asam laksa ini sebenarnya cukup senang ditanam. Apa yang perlu dilakukan cuma letakkan daun pudina bersama rumpun yang berakar di dalam air.
Daun basil
Bagi memastikan anda mendapat bekalan daun basil yang berterusan anda tak perlu membelinya di kedai. Ia cukup mudah untuk dicambah.
Hanya letakkan daun ini bersama tangkai yang berukuran 4 inci panjang dalam segelas air dan dedahkan kepada cahaya matahari. Apabila lihat akarnya sudah bercambah dalam 2 inci alihkan ke dalam pasu.
Seleri, bok choi
Sama seperti kubis Cina, letakkan tampuk bawah sayur ini dalam air lebih kurang satu inci setengah selama beberapa hari. Apabila ada daun baru bercambah, alihkan ke dalam bekas yang sesuai.
Sweet potato (kentang manis)
Letakkan kentang ini dalam air menenggelamkan sebahagian besar kentang. Letakkan di tempat yang terdedah pada cahaya matahari.
Kentang ini akan mencambahkan daun baru tapi biarkan sehingga sedikit panjang. Apabila sudah berukuran lebih kurang 5 inci, tanggalkan tangkai daun ini dari ubi tadi. Letakkan dalam air dan ia akan mencambahkan akar. Apabila sudah panjang tanam dalam tanah. Pastikan tanaman ini disiram secukupnya.
Lempeng makan dengan sambal tumis waktu pagi memang best. Terasa macam sarapan di kampung.
Dapat pula lempeng yang lembut dan gebu macam ni lagi lah sedap, boleh makan berkeping-keping.
Untuk hasilkan lempeng macam ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Suzana Othman, yang turut menjadikan hidangan ini sebagai jualan untuk menambah pendapatannya. Suri rumah lain yang nak cuba pun boleh.
Cara buat lempeng yang lembut dan gebu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
500 ml air
1 biji telur
2 sb minyak masak
1 sk garam
1 sb gula
1 sk baking powder
Cara membuat:
1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan air, blend hingga tepung sebati.
3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu. Inilah tipnya.
Cara memasak:
1. Panaskan kuali non stick, tuang adunan ikut saiz kuali.
2. Tunggu lempeng keluar buih dan agak kering barulah terbalik.
3. Tunggu sekejap supaya sebelah lagi masak. Kemudian angkat.
Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz itu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.
Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping harga RM5, boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing jika nak jual.
Tart telur ini antara yang kita selalu beli bila masuk bakeri. Rasanya yang lemak manis dengan kulit yang rangup memang sedap.
Cuma kalau beli, tak boleh nak makan banyak sebab harganya pun lebih kurang RM3-RM4 sebiji. Kalau nak puas kena buat sendiri. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah.
Buat sendiri tart telur gebu
Tart telur ‘gebus’, sedap just nice rasanya. Crunchy di luar, lembut di dalam.
Bahan untuk shell tart/crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung (diayak bersama tepung gandum)
Bahan untuk filling telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Cara membuat shell tart/crust
Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Cara buat filling telur
Sementara doh direhatkan, kita boleh buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
Tuang air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapis.
Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak
Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.