Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah kerana kegunaannya dalam masakan. Tapi ramai juga yang dah berkali-kali cuba tanam tapi tak juga hidup.
Bagi yang melalui situasi ini boleh cuba cara yang dikongsi oleh Noor Liza i
ni. Beliau juga mencuba 5 kali untuk menanam pokok ini, cubaan kali ke 6 barulah berjaya dan ini caranya;Lalui 5 kali cubaan tanam pokok pudina tak nak hidup. Kali ke 6 cuba dan akhirnya berjaya tanam. Dan saya dah tahu caranya…
1. Cari batang yang tua. Buang daun-daun keliling tinggal pucuk.
2. Rendam dalam air dan dedahkan pada cahaya matahari. Dalam 4-5 hari akan keluar.
3. Kemudian pindahkan ke tanah campuran.
4. Selepas pindahkan, biarkan di tempat yang redup sehari dua, kemudian baru pindah ke tempat yang ada cahaya matahari.
5. Kena siram 2 kali sehari atau pastikan tanah sentiasa basah.
Bila dah berjaya sekali, saya terus tanam lagi. Bukan buat jual tapi saya guna untuk letak dalam Vietnamese Spring roll yang saya jual.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Noor Liza