Ramai yang tanam pokok sup di rumah dan ramai juga yang selalu merungut pokok yang ditanam tak hidup.
Jika dah cuba beberapa kali tanam pokok sup tak menjadi, mungkin kena tukar cara penanaman. Tanam pokok sup ini ada 3 kaedah yang boleh digunakan.
Tak jadi cara pertama kita guna cara kedua dan ketiga. Kaedah tanam daun sup ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang telah mencuba semua cara ini.
Jom tanam daun sup untuk kegunaan sendiri. Ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup. Semua saya dah buat & berjaya, yang belum berjaya tanam daun sup boleh lah pilih salah satu dari kaedah yg saya kongsikan di bawah.
Cara semai:
1) Siapkan media tanam, saya guna peatmoss. Dah isi ke dalam bekas siram siap.
2) Tabur biji benih sikit saja, jangan banyak (secubit). Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ini halus. Selepas spray air biji benih akan terbenam sendiri di celah-celah media. Banyak yang gagal sebab inilah, benih yg bercambah tak dapat tembus tanah untuk dpt cahaya.
3) Spray dengan air, cukup 1-2 kali spray saja.
4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh pun boleh. Saya biar tak tutup.
5) Spray 2 kali sehari pagi & petang, Insya-Allah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.
Cara semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak / tunas kecil. 3 syarat ini WAJIB!
2) Potong semua batang kecuali tunas kecil.
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4) Boleh tanam jika nampak akar makin sihat serta tunas makin segar & membesar. Jangan tanam dalam sangat, cukup kambus akar sahaja.
5) Siram sikit saja air jangan terlebih, ini pun jadi penyebab gagal sebab media terlalu becak.
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Cara tanam :
1) pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak pokok yang baru tumbuh. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas saja.
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok (kalau cabut tiada akar baik campur dalam sup saja) Kena hati-hati waktu korek/cabut.
3) Tanam & letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4) Siram sikit saja, macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air.
Boleh pilih dari 3 cara di atas untuk tanam. Pokok sup ini tanam sekali saja, InsyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.
Selamat mencuba.
Sumber: Pyan Sempoi