Kalau Tanam Pokok Tomato Dalam Pasu Semai Sekali Biji Benih Ini , Pokok Cepat Besar & Subur

Share

Kalau mahu amalkan kaedah penanaman organik tanpa penggunaan bahan kimia elok sangat mempraktikkan tip yang dikongsi oleh Nazrul Azam ini.

Beliau yang mengamalkan konsep ini sejak mengusahakan Qadhijah Natural Farm berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan sekiranya menanamkan pokok sayur terutamanya tomato.

Tip elak serangan perosak cara semula jadi & pokok lebih subur

Hari ini saya ingin kongsi cara saya tanam tomato di dalam pasu di rumah. Saya dapati cara ini sangat mudah, menjadi dan jarang sekali bermasalah. Cara ini juga saya gunakan untuk semua jenis cili dan terung.

1. Letak 3 ulas bawang putih

Letakkan 3 ulas bawang putih di perdu pokok. Tekan sedikit dalam tanah supaya tak lari.

Inilah adalah cara yang mudah untuk elakkan serangan perosak seperti aphids, leafminers, nematodes dan lain-lain lagi.

Bau dari bawang putih ini akan melindungi tomato anda untuk jangkamasa yg lama.

Letakkan bawang putih yang baru bila ianya sudah hancur. Tetapi, selalunya ia akan tumbuh seperti ni. Lagi bagus. Biarkannya kerana akarnya adalah pencegah paling baik untuk masalah perosak nematodes.

2. Semai sekali biji benih carrot/lobak merah

Kalau anda beli biji benih tomato, pastikan beli juga biji benih lobak merah. Lobak merah adalah rakan baik tomato.

Taburkan di sekitar perdu tomato. Dekat-dekat pun tak mengapa. Tomato dan lobak merah keduanya adalah kawan baik selamanya.

Jadi apabila lobak merah disemai sekali dengan tomato, ianya akan menggalakkan pokok tumbuh lebih cepat dan subur.

Lobak menjadi atau tidak bukannya isu. Asalkan ada dah memadai. Namun begitu ikut pengalaman saya, dua-duanya akan berhasil.

Tip extra

Jika tanam tomato dalam pasu, boleh juga gunakan pasu bulat atau apa saja bentuk yang ada asalkan ianya setinggi sekurang2nya 20cm ke atas. Ini adalah kerana tomato yg baik perlu ruangan at least 20cm untuk perkembangan akar.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nazrul Azam 

 

Published by
VK