Tip Penjagaan Pokok Tomato Supaya Berbuah Banyak, Kena Buat Petua Jentik Bunga

Share

Ramai yang berjaya tanam pokok tomato terutama tomato ceri, tapi tak sempat besar. Baru membesar tak sempat berbuah dah layu dan mati.

Ini kerana pokok tomato ini perlu penjagaan secara rutin barulah tanaman ini subur dan mengeluarkan hasil yang lewat.

Berpengalaman menanam pokok tomato sebelum ini MYsarah Mk

berkongsi tip yang dilakukan termasuk petua jentik bunga untuk bantu pokok berbuah.

Ujarnya ini pokok yang ditanam sebelum ini dan bertahan hampir 9 bulan, serta mengeluarkan hampir 100 biji buah tomato ceri.

Pengalaman tanam pokok tomato, cara penjagaan & petua

1. Pokok tomato perlukan sokongan sebab batangnya lembut (contoh : ikat pada kayu pancang/pagar)

2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas (ini paling penting). Saya pernah cuba tanam dua kali sebelum ini tapi tanpa teduhan dan tak berapa menjadi.

3. Pendebungaan : Perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.

4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato cepat layu kalau panas & jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam & Ezigrow.

5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.

6. Buah perlu balut kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.

7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.

Semoga bermanfaat

Sumber: MYsarah Mk

 

Published by
VK