Kalau Tanam Selom Asyik Tak Menjadi, Cuba Tanam Dalam Besen. Confirm Subur

Share

 

Ulam selom antara yang digemari ramai. Ia juga antara tanaman yang selalu ditanam di rumah.

Tapi tak ramai yang berjaya menanamnya. Letak dalam pasu, atas tanah tapi hasilnya macam hidup segan mati tak mahu.

Kalau dah cuba beberapa kali tapi tak berjaya boleh ikut pula cara penanaman selom dalam besen seperti dikongsi oleh Dumang Dullah

ini.

Asyik gagal tapi lepas tanam selom dalam besen baru menjadi!

Selom antara tanaman yang sukar saya tanam. Saya tanam di tanah, hidup segan mati tak mahu(terbantut). Kemudian cuba tanam dalam pasu, hasilnya pun sama.

Seterusnya tanam pula dalam botol air mineral, diberi air + sedikit cocopeat pun tak subur. Akhirnya saya lihat perkongsian tanam selom dalam besen dan cuba. Nampaknya menjadi dan hidup subur!

Caranya;

1. Cambahkan selom menggunakan keratan batang. Boleh beli saja ulam selom di pasar. Kerat batang dan rendam hingga keluar akarnya.

Foto: Facebook Masadah Sajadi

2. Kemudian boleh tanam keratan yang berakar ini dalam besen. Caranya buat lubang tapi bukan di bawah besen sebaliknya di bahagian tepi.

3. Masukkan tanah kemudian tanam keratan selom.

4. Selom akan hidup subur pada tanah yang lembap. Pastikan siram setiap hari. Jangan lupa letak baja supaya subur, boleh siram dengan air beras

5. Jika selom sudah matang, cuma kerat tak perlu cabut akar supaya bercambah lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Dumang Dullah &   Masadah Sajadi

 

Published by
VK