Kerja menggosok baju ini memang renyah dan penat. Waktu ini mula lah teringat kalau ada steam iron kan senang. Gosok sebelah depan, bahagian belakang pun licin sekali. Jimat masa dan tenaga.
Cumanya nak beli seterika jenis ini harganya boleh tahan mahal. Paling murah dalam RM500 sebuah.
Tapi sebenarnya kalau tiada bajet lagi untuk beli, kita tetap boleh dapat hasil gosokan yang sama walau guna seterika biasa.
Caranya dikongsi oleh Jules Pitch, modalnya cuma guna aluminium foil saja. Gosok depan belakang pun licin sekali. Best kan.
Tip gosok baju hasil sama macam steam iron, gosok sebelah saja
“Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya;
– Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.
Ads
– Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.
– Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.
Dah bersungguh-sungguh mop lantai rumah tapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Frust betul. Ini memang situasi biasa bila mop lantai jenis tiles atau jubin.
Ada yang sanggup beli pencuci lantai mahal untuk pastikan dapat lantai yang licin berkilat. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun mengeluarkan wang tambahan untuk beli produk pencuci lain.
Percaya tak kita boleh guna pencuci pinggan yang memang dah ada di rumah untuk mop lantai tiles di rumah dan kesannya memang bersih berkilat. Cara ini dikongsi oleh Heze Zamri yang menurut beliau, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Tip lantai tiles licin berkilat
Sekadar sharing petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.
Petua ini dikongsi oleh saudara ibunda yang juga contractor cleaning services. Memandangkan dia tak dapat bantu bersihkan kediaman jadi dia share petua ini.
Lepas siap masak guna kuali, ramai yang terus masukkan dalam singki dan siram dengan air sejuk sampai keluar asap sebab masih panas. Tujuannya supaya nak cepat bersihkan dan kotoran tak melekat kalau dah sejuk.
Tapi sebenarnya cara ini tak disarankan terutama kalau kita guna kuali yang mahal. Kuali yang panas perlu dibiarkan sejuk dahulu sebelum dicuci.
Menyiram atau mencurah air sejuk ke dalam kuali yang panas akan menyebabkan berlakunya thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, termasuklah kuali berjenama.
Thermal shock boleh buat kuali berubah bentuk
Apa itu thermal shock? Umumnya ia adalah keadaan di mana logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.
Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza.
Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Sebab itu kalau kita perasan ada sesetengah kuali di rumah yang berubah bentuk.
Kalau nak terus cuci guna air panas
Cara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat.
Bagi yang bercucuk tanam di rumah terutama buat yang cenderung menggunakan bahan organik untuk menyuburkan tanaman boleh guna cara ini pula.
Jika siang ikan, sisa ikan termasuk perutnya jangan dibuang. Ia juga boleh digunakan sebagai air siraman yang sangat berkhasiat untuk tanaman.
Cara membuat air siraman dari sisa ikan ini dikongsi oleh Norahim Ibrahim yang sudah mempraktikkannya beberapa lama.
Air siraman guna sisa ikan & gula merah
Hari ini ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan, saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman. Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat berguna untuk tanaman.
Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi.
Caranya
Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
Peramkan 3-4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap.
Selepas 4 minggu, tapis dan ambil patinya.
Cara penggunaan atau kadar bancuhan
Campur 10ml pati dengan 1 liter air. Siram pada tanaman. Senangkan…
Ini antara tanaman guna air sisa ikan
INFO: Perut ikan disimpan lama tak berulat & berbau busuk ke? Itulah fungsi
gula merah. Ia akan mengurangkan bau, bukan bau ikan busuk tapi lebih macam sardin.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...