Kalau Tiada Bajet Beli Steam Iron, Buat Tip Ini. Gosok Depan, Belakang Pun Licin Sekali

Share

Kerja menggosok baju ini memang renyah dan penat. Waktu ini mula lah teringat kalau ada steam iron kan senang. Gosok sebelah depan, bahagian belakang pun licin sekali. Jimat masa dan tenaga.

Cumanya nak beli seterika jenis ini harganya boleh tahan mahal. Paling murah dalam RM500 sebuah.

Tapi sebenarnya kalau tiada bajet lagi untuk beli, kita tetap boleh dapat hasil gosokan yang sama walau guna seterika biasa.

Caranya dikongsi oleh Jules Pitch, modalnya cuma guna aluminium foil saja. Gosok depan belakang pun licin sekali. Best kan.

Tip gosok baju hasil sama macam steam iron, gosok sebelah saja

“Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya;

– Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.

– Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.

– Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.

@julespitch Belum ada budget beli steam iron philps gosok sebelah boleh cuba tips jimat ni 😍 nanti kumpul la duit beli eh 🫣 #tipsdapur
#tipsjimat #steamironphilips #fypdongggggggg #fypシ ♬ salah jodoh – acha

Selamat mencuba.

Kalau steam iron murah oleh tengok sini ya;

– Philips 2400W Steam Generator Iron – https://invle.co/cley1yn

– Tefal Iron SV6116 Express Easy Steam Generator Iron – https://invle.co/cley1zi

 

Published by
VK