Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.
Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hilang. Mahu tak mahu pintu terpaksalah tombol diumpil.
Antara penyebabnya adalah setting pada tombol pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Ads
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings: 1. Keadaan yang sentiasa kunci dan 2. Keadaan normal
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Ads
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Ads
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Bagi yang baru belajar ‘membaking’ selain dari kumpul resipi yang mudah, terlebih dahulu kita kena faham perkara paling asas iaitu bahan-bahannya.
Terutama sekali mentega atau butter yang ada jenisnya. Perkongsian daripada Amirul Kalif Syde ini sememangnya banyak membantu terutama korang yang baru berjinak-jinak belajar buat kek dan kuih.
Beliau menerangkan jenis-jenis mentega yang seharusnya kita faham agar kek atau pastri yang dihasilkan bukan saja menjadi tapi juga enak! Berikut adalah perkongsiannya yang dipetik dari laman Twitter.
Jangan happy sangat kalau tengok harga murah
Untuk yang masih belum tahu atau yang baru berjinak jinak dalam dunia baking/pastry, janganlah korang happy dulu bila tengok benda ni murah, sebab ini mungkin bukan apa yang korang perlukan.
When the recipe call for butter, this is not the best choice. Kita ada banyak jenis butter, such as normal butter (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dll.
And korang kena tahu, yang dua butter dekat atas ni bukanlah PURE BUTTER atau pun memang bukan butter langsung, it is more to margarine esp buttercup.
Yang ni adalah content dalam BUTTERCUP ‘butter’ tu. Main ingredient dia adalah palm oil which is indicating that this not really a butter rather than a margarine.
Butter diperbuat dari lemak tenusu
Sebuah butter hanyalah butter apabila ianya diperbuat daripada lemak tenusu, pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau pun campuran butter-marjerin
Ada yang kata, buttercup tu sedap je rasa dia memang macam butter. Yes, fragrance, aroma, tekstur memang macam butter. Cuma kalau baking, kita akan dapat lihat & rasa perbezaan yang ketara end of baking product kita tu
Maka sebab itulah kenapa harga buttercup/farmcow dan sekutu dengannya ni boleh didapati dengan harga yang sangat murah dalam Rm 3.50 – Rm 5 dan butter macam tatura, anchor, emborg rm 9.00 malah ada yang cecah belasan ringgit per 250 gram
Jadi janganlah hairan kenapa orang sanggup beli butter yang ‘mahal’ tu dari beli butter yang murah kerana mereka itu tahu apa yang anda mungkin tidak tahu.
Guna ikut kesesuaian
Ingat, dalam pastry ni salah satu strength utama adalah butter. Tinggi kualiti butter, tinggi jugaklah kualiti pastry.
Lepas ni kalau ada yang claim cakap “cake ni memang sedap, kita pakai butter mahal, buttercup tau”, korang bolehlah perlahan lahan beredar dari situ atau kalau korang kejam, ambil kek tu dan tempek pada muka beliau di atas baseless claimed tersebut.
Tapi korang janganlah terus benci atau boikot buttercup/farm cow dll ni pula. Dia boleh je guna ikut kesesuaian lah. Macam some of kuih raya like tart nenas/semprit takde masalah pun nak guna buttercup sebab kurang rasa tenusu.
Jangan lepas ni makan roti sapu anchor dahlah
Ni ada references sikit untuk korang supaya mudah ingat atau bantu untuk bezakan. Cara nak bezakan dia dua senang je
1) Tengok harga
2) Tengok ingredients
Jangan main tembak je beli.
Contoh non-Pure Butter
•Buttercup
•FarmCows
•TwinCows
Contoh Pure Butter
• Anchor
• Tatura
• SCS
• Emborg
• Golden Churn
• Western Star
• Philadelphia
• Kerrygold
Semua ni selalunya ada dekat baking store malaysia & supermarket malaysia. Benda macam butter, whip cream, cream cheese ni kalau boleh beli lah dekat baking store je sebab harga yang jauh lebih murah Supermarket tu last choice lah kalau dah takde sangat.
Tisu basah sudah menjadi satu keperluan wajib di setiap rumah ketika ini. Ia bukan saja digunakan untuk bayi tapi juga kita yang dewasa, malah turut digunakan untuk membersihkan alatan di rumah.
Jadi bagi mengurangkan kos pembelian tisu basah setiap bulan apa kata kita DIY saja. Ya betul, tisu basah pun kita boleh buat sendiri.
Cara membuatnya juga mudah saja. Ada dua jenis tisu basah yang boleh kita hasilkan sendiri, untuk kegunaan bayi dan juga untuk pembersihan biasa.
Cara buat tisu basah untuk bayi
Bahan yang diperlukan:
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk letakkan tisu basah
1 sudu besar minyak kelapa untuk melembapkan dan merawat ruam
2 cawan air yang sudah dimasak- supaya tisu tak berkulat.
2 sudu besar cecair mandian bayi
1 sudu besar minyak bayi
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. Kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian bayi dan juga minyak bayi. Kacau lagi.
3.Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan bayi.
Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah:
Tisu basah untuk kegunaan dapur
Bahan yang diperlukan
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk meletak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (Lavender, tea tree dan sebagainya)
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian, menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan semalaman.
4. Keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan di rumah sama ada mengelap tumpahan, membersih table top dan sebagainya.
Bagi yang baru nak cuba bercucuk tanam, bayam antara yang boleh ditanam. Ia mudah, tak perlu semai dan alih anak benih. Boleh terus saja tanam atas tanah, pasu atau polibeg.
Kalau nak tanam tepi rumah pun boleh, walau tanah tak berapa luas. Caranya boleh ikut panduan berikut;
1. Campur biji benih bayam dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti, anak benih tak tumbuh terlalu rapat. Tapi kalau tak dicampur pun tak mengapa.
2. Gemburkan tanah, boleh campur dengan tanah merah, tanah hitam dan cocopeat. Kemudian tabur biji benih tadi.
3. Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, jika terlalu rapat boleh cabut dan tanam di tempat lain.
4. Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar. Anak bayam yang sedang membesar ini perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.
5. Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.
6. Bayam boleh dipetik lebih kurang 3 minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan kita.
Bayam yang dah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.