Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.

Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hilang. Mahu tak mahu pintu terpaksalah  tombol diumpil.

Antara penyebabnya adalah setting pada tombol pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini  boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.

Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

IKLAN

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:
1. Keadaan yang sentiasa kunci dan
2. Keadaan normal

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

IKLAN

Kalau Tombol Pintu Selalu Terkunci Dari Dalam, Begini Cara Untuk Atasinya

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

IKLAN

Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.

 

Sumber: Rusyaidi Husni Abdul Latib

 

Selain itu:  Buang Bahagian Kecil Ini Waktu Bersihkan Ikan Keli, Barulah Tak Rasa Hanyir
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI