Situasi ini jika dihadapi bersama dengan anak kecil memang akan buat si ibu panik.
Bayangkan anak kecil duduk dalam bilik tiba-tiba angin kuat menghempas pintu dan tombol terus tak boleh dibuka.
Anak pulak menangis dalam bilik. Memang kelam kelibut ibu dibuatnya apatah lagi jika kunci bilik pulak hilang!
Sudahnya mahu tak mahu pintu terpaksalah dipecahkan atau tombol diumpil. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi olehRusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Ads
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings: 1. Keadaan yan sentiasa kunci dan 2. Keadaan normal
Ads
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Ads
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Selain nugget, bebola ayam antara makanan sejuk beku yang selalu kita beli kerana anak-anak menyukainya. Tapi kita tahu makanan frozen sebegini tak boleh selalu dimakan kerana mengandungi pengawet selain bahagian ayam digunakan banyak lemak
Kalau nak yang sihat sebaiknya buat sendiri. Kita boleh gunakan isi ayam tanpa lemak dan tak guna bahan kimia. Cara membuatnya dikongsi oleh Rizani Islar.
Buat sendiri bebola ayam
Bahan-bahan
Isi ayam dipotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih 3 ulas (kisar tanpa air bersama bawang besar)
Lada putih (kisar kering, kuantiti ikut tahap kepedasan yang disukai)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Tepung gandum
Air rebusan ayam
Telur
Serbuk roti
Cara membuat:
Isi ayam yang dipotong tadi direbus tapi jangan terlalu lama. Kemudian tos, biar sejuk dan kisar. Air rebusan jangan dibuang.
2. Campurkan ayam kisar, bawang merah dan putih yang dikisar, lada putih, garam & serbuk perasa. Gaul rata. Letak air rebusan ayam supaya agak-agak basah.
3. Perasakan, agar adunan cukup masin, dan pedas. Bila rasa dah ok, letak tepung gandum. Jangan terlalu banyak nanti bebola jadi keras.
4. Bentuk jadi bulat, celup dengan telur yang dibancuh diikuti dengan serbuk roti.
Jika kediaman yang kita duduki mempunyai kayu walau pun tak banyak maka ia berisiko untuk terkena serangan anai-anai. Malah jangan ingat rumah yang simen kesemuanya tidak berdepan masalah ini.
Jika kediaman diserang haiwan kecil ini memang banyak barang akan jadi makanannya sehingga boleh habis kesemuanya. Sebab itu petanda kehadiran anai-anai ini perlu kita kenal pasti.
4 petanda anai-anai sudah menjajah rumah
4 keadaan di bawah adalah petanda anai-anai sudah ada dalam rumah dan tidak mustahil sudah menjajah rumah.
Warna kayu berubah
Lihat warna pada kerangka pintu dan tingkap atau lantai kayu, jika sudah berubah warna dari coklat gelap kepada coklat cari ini bermakna terdapat anai-anak di situ.
2.Laluan anai-anai
Tanda ini paing mudah, kita akan dapat lihat laluan anai-anai seperti satu laluan panjang bersaiz pensil muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap.
3. Kalkatu berterbangan
Kehadiran kalkatu selalunya menandakan kawasan berkenaan ada anai-anai bersarang.Perhatikan di kawasan mana yang kalkatu selalu keluar dan makan, anda akan dapat mencari anai-anai di situ.
Ada rekahan atau lubang pada kayu dalam rumah
Cuba ketuk perlahan pada bahagian kayu di sekitar rumah bagi mengesan lubang. Perhati dengan teliti sebarang rekahan pada kerangka berkayu. Di sinilah anai-anak berkumpul.
Selain itu perhatikan juga jika ada bunyi ketukan berbeza pada tempat tertentu.Kalau anda terjumpa selut berpasir di rekahan tu, ia menandakan kehadiran anai-anai.
Langkah segera hapuskan anai-anai
1. Gunakan asid borik
Kenal pasti laluan anai-anai dan juga perabot kayu yang menjadi mangsa kerakusan mereka, taburkan serbuk asid borik pada permukaannya. Jika anda jumpa lubang anai-anai lebih bagus.
Asid borik adalah bahan utama kebanyakkan racun kimia anai-anai. Asid ini akan melumpuhkan sistem saraf anai-anai dan terus mematikannya. Asid borik sangat efektif untuk menghapuskan anai-anai.
2. Kapur sirih
Siramkan air kapur sirih secara kerap ke atas laluan anai-anai dan juga permukaan kayu. Mengapa air kapur sirih berkesan? Jawapannya kerana kapur bersifat panas. Syukur anai-anai hanya mempunyai sesungut yang keras tetapi kulit anai-anai sangat nipis.mKepanasan kapur mampu membakar anai-anai.
3. Garam dapur
Taburkan garam di laluan anai-anai. Lebih bagus jika garam dilarukatn dan air larutan dijirus di kawasan yang diserang anai-anai. Biarkan semalaman.
4. Air basuhan beras
Cara ini agak mudah memandangkan hampir setiap hari kita lakukan perkara ini. Air basuhan beras mampu membunuh anai-anai. Simpan air basuhan pertama dan siramkan ke atas laluan anai-anai. Biarkan semalaman dan lihat kesannya. Mudah bukan?
5. Tembakau
Dapatkan tembakau dikedai runcit. Kemudian rendamkan di dalam air untuk menjadi larutan. Jirus atau siramkan larutan termbakau itu pada kayu yang diserang atau sarang anai-anai (jika jumpa). Biarkan semalaman, Larutan tembakau boleh membunuh anai-anai.
INFO: Rumah simen pun tak terkecuali
Meskipun anai-anai tidak boleh merosakkan simen dan konkrit, anai-anai masih boleh membuat sarang kawasan seperti ruang pendawaian elektrik dan corong paip. Bayangkan apa akan berlaku kalau anai-anai mampu menggigit dan menghadam simen dan konkrit? Nasib baik tak boleh.
Rekahan di dalam dinding adalah kawasan sempurna untuk anai-anai membiak. Apa sahaja yang menghalang laluan untuk mendapatkan sumber makanan mereka (kayu) contohnya plastik, akan dimakan anai-anai.
Ramai yang suka membeli barangan di platform online, termasuk barang untuk anak. Salah satunya kasut, maklumlah beli online lagi banyak pilihan. Lagi cantik.
Cuma satu masalah kita bila beli kasut secara online untuk kanak-kanak adalah selalu salah saiz. Rasa macam dah ukur betul tapi silap jugak bila dah sampai.
Jadi sebenarnya macam mana cara betul nak ukur saiz kasut anak kalau beli online. Dikongsi oleh seller kasut sendiri, Zuk Zuhaika ini caranya.
Tip ukur kaki anak untuk beli kasut secara online
Post ini nak ajar macam mana cara betul nak ukur tapak kaki anak jika nak beli kasut online.
Jangan bimbang, kalau betul cara ukur insya-Allah muat. Ini berdasarkan pengalaman jual kasut secara online masuk tahun ke empat dah.
Nak senang ikut cara ini;
1. Ambil kertas kosong dan letak kaki anak atas kertas. Lukis terus takap kaki anak ikut contoh dalam gambar.
2. Kemudian ambil pita pengukur atau pembaris, ukur dalam ukuran sentimeter atau cm sebab ukuran biasa seller beri adalah dalam ‘cm’ bukan inci. Ambil pada point hujung jari yang paling panjang.
3. Contoh kaki anak ini 20cm untuk saiz kasut, tambah 1cm saja! Ini bukan beli baju nak tambah 3cm. Beli baju besar boleh pakai tapi kasut kalau besar kena simpan dalam almari la jawabnya.
4. Bagi budak ini ambil saiz 21cm gitu. Mudah kan.
Cara alternatif
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Kalau selalu batuk dan selesema sedangkan tak sejuk, tak kena hujan cuma perhati keadaan sekitar anda duduk. Lihat siling dan dinding rumah, ada nampak...