Kanser Pangkal Hidung atau Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) dikatakan selalu dihidap oleh kaum Cina. Salah seorang penghidapnya ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Beliau kini menerima rawatan kanser itu di Taiwan.

Menurut Dr Mohd Shaiful Nizam di Twitter, Kanser Pangkal Hidung atau NPC merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak. Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina. Mengikut Data Kanser Malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser payudara, usus, paru-paru dan lymphoma.

 

Kanser Pangkal Hidung, Doktor Ini Pesan Peminat Ikan Kering Kena Peka Dengan Gejalanya

Ads

Ikan kering, sayur kering dan merokok

Faktor risiko adalah disebabkan oleh keturunan (kaum cina) dan Jangkitan Virus Epstein Barr. Amalan Gaya Hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering juga penyumbang kepada kanser ini. Kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.

Selain faktor keturunan iaitu orang Cina, Dr Mohd Shaiful juga menegaskan bahawa tabiat suka makan sayur dan ikan kering boleh meningkatkan risiko mendapat kanser ini. Merokok juga boleh meningkatkan risiko. Jadi, boleh cuba ubah gaya hidup. Kurangkan pengambilan makanan yang boleh merangsang ke arah kanser ini. Selain itu kurangkan merokok dan cuba untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan.

 

Kanser Pangkal Hidung, Doktor Ini Pesan Peminat Ikan Kering Kena Peka Dengan Gejalanya

Gejala bengkak leher

Gejala utama NPC adalah bengkak di lehar (tidak sakit,~ 60%). Selain itu pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran sebelah telinga juga antara gejalanya. Jika anda mempunyai bengkak leher lebih pada 3 minggu segeralah berjumpa Doktor untuk siasatan lanjut..

Perhatikan dengan betul jika anda ada gelaja seperti bengkak leher. Dr Mohd Shaiful kata kalau bengkak leher ni lebih 3 minggu, silalah berjumpa doktor untuk mendapatkan siasatan lebih lanjut.

Ads

Prosedur rawatan

Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian nasofarinks adalah perlu. Biasanya prosedur ini dilakukan di Klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.

Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai. Secara umumnya, rawatan utama adalah Radioterapi & Kemoterapi. Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.

 

Kanser Pangkal Hidung, Doktor Ini Pesan Peminat Ikan Kering Kena Peka Dengan Gejalanya

Kadar kelangsungan hidup

Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal. Untuk kanser tahap 1, 80-90%, kanser tahap 2, 70-80%, tahap 3, 40-60% dan tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawasan lain).

Pemeriksaan awal sangat bagus kerana boleh mengesan tahap kanser jika ada. Justeru bolehlah meningkatkan peratusan kelangsungan hidup. Jadi jika anda ada gejala seperti yang disebutkan di atas, silalah dapatkan rawatan lebih awal.

 

Ads

 

VK harap Datuk Lee Chong Wei akan cepat sembuh seperti sediakala.

 

Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI