
Tak terfikirpun dari katil terbuang kita boleh hasilkan kerusi yang cantik macam ni. Tapi inilah yang dikongsi oleh Nani Makeover.
Dari katil bujang yang sudah patah kakinya, terhasil kerusi kayu yang cantik untuk disesuaikan dengan deko kediaman.
So lepas ni katil yang patah jangan buang ya. Bagi yang nak cuba idea ni boleh ikut langkah ini ya.
1. Ini katil terbuang yang boleh digunakan.
2. Ambil bahagian kepala katil dan juga kaki katil.
3. Potong papan mengikut saiz kerusi yang diinginkan.
4. Kemudian paku papan menyambungkan kedua bahagian.
5. Seterusnya cat mengikut warna yang sesuai dengan dekorasi kediaman.
Inilah hasilnya
Sumber: Nani Makeover
Apa Perlu Kita Buat Jika Berdepan Kemalangan Libatkan Anggota Badan Terputus?

Isi Kandungan
Toggle
Sebelum ini pernah viral foto satu kemalangan melibatkan seorang remaja di Pulau Pinang yang putus kaki.
Ketika kejadian salah seorang yang membantu remaja ini telah meletakkan ais pada kaki mangsa dan juga anggota yang terputus.
Tindakan ini mencetuskan tanda tanya ramai adakah ini cara betul untuk mengendalikan anggota badan yang terputus.
Jururawat Bel Nawhen berkongsi tindakan yang perlu kita lakukan jika terlibat dalam situasi ini.
Salur darah akan mati kalau tak diurus dengan betul
Saya pernah baca cerita seorang rakan yang bekerja di jabatan kecemasan. Waktu syif yang tenang bergegar bila seorang warganegara asing hadir dengan memegang jari rakannya yang sudah terputus.
“Misi, tolong, tolong. Yinni jari kawan punya juga. Putus kena itu mesin putung kaiyu” ujarnya.
Jari yang putus itu ditunjuk-tunjuk dan disua-suakan ke muka rakan saya yang bertugas. Beberapa minit selepas itu, barulah muncul tuan punya jari. Dah mabuk darah dah.
Apa jadi pada jari yang dibawa oleh rakannya? Dah mati dah pun salur darahnya. Sebab apa? Sebab tidak diuruskan dengan betul.
Hah, anda pula, jika jumpa kes kemalangan putus jari atau anggota badan anda buat apa?
Ambil handphone dan ambil gambar? Atau angkat dan letak sebelah anggota terlibat Atau Panik dan buat-buat tak nampak Ataupun Memang tahu cara nak uruskannya.
Cara betul urus anggota badan yang terputus
Apa-apa pun jika berlaku kecemasan begini, anda jangan panik. Anda tarik nafas dalam-dalam, agar anda boleh fikir cara yang betul untuk uruskan jari/anggota tersebut supaya ia boleh diselamatkan.
Bahagian yang terputus
1. Bersihkan bahagian terputus dengan air bersih/sterile dengan berhati-hati. Air bersih maknanya air yang bersih mengalir seperti air paip.
2. Balutkan bahagian terputus dengan kain yang bersih dan telah dilembapkan dengan air.
3. Letakkan bahagian yang dibalut tadi dalam beg plastik yang bersih.
4. Letakkan beg plastik tadi dalam bekas yang berisi ais. Pastikan beg atau bekas ini bersih dan selamat untuk dibawa. Tujuannya supaya salur darah terlibat tidak mati.
JANGAN LETAKKAN AIS SECARA LANGSUNG dengan jari atau bahagian yang terputus sebab sentuhan secara langsung ini akan menyebabkan salur darah terlibat mengalami kerosakan.
Cara rawat bahagian anggota badan yang masih selamat
1. Bersihkan anggota itu dengan air yang bersih.
2. Pastikan perdarahan telah berhenti atau hentikan perdarahan dengan memberikan tekanan pada bahagian tersebut. Boleh guna kainan bersih untuk tujuan ini.
3. Tinggikan sedikit bahagian ini keatas untuk mengurangkan pendarahan.
4. Kurangkan pergerakan anggota terlibat.
5. Balut bahagian terlibat dengan kain bersih atau bandage.
Jangan letakkan ais pada bahagian ini sebab ia masih berfungsi, hanya pastikan perdarahan telah berhenti.
Bawa mangsa dan anggota/jari terputus itu ke hospital. Lagi cepat anda bawa ke hospital, lagi tinggi kemungkinan anggota terlibat boleh disambung semula itupun dengan pengurusan yang betul dan bersih.
Jika merah dan suam petanda boleh sambung
Walaupun anda rasa jari atau anggota itu boleh disambung, penilaian doktor tetap perlu dilakukan. Jika masih kelihatan merah dan suam, ia merupakan petanda yang baik.
Jangan sesekali meletak atau sapu atau titis sebarang minyak atau krim ataupun serbuk apa-apa pun selain ikut petua sebarangan. Risiko jangkitan kuman terhadap anggota boleh berlaku selain kemungkinan anggota tersebut gagal disambungkan semula.
#BelNawhen
#SayaJururawat
Sumber: Bel Nawhen
Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Lebih Jimat

Hidangan telur masin memang penambah selera dan ia juga antara yang boleh kita boleh buat sendiri. Kalau susah nak cari telur itik boleh saja gantikan dengan telur ayam biasa.
Rasanya tetap sedap, malah lebih jimat sebab telur ayam lagi murah dan senang diperoleh. Cara membuatnya dikongsi Are Peace. Boleh guna sepapan telur terus jika suka.
Telur masin homemade, buat guna telur ayam
Bahan-bahan
Telur ayam -30 biji
Garam kasar -1kg
Air secukupnya (agak-agak telur tenggelam)
Cara membuat:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk, masak atas api sehingga garam larut.
2. Sejukkan dulu baru masukkan telur ayam.
3. Rendam telur ini di tempat yang gelap selama 14 hari.
4. Cukup 14 hari, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru rebus.
PETUA: Agar telur kuning jadi warna oren, waktu peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur.
Selamat mencuba.
Sumber: Are Peace
Panduan Makan Ubat Bulan Puasa Terutama Jika Kena Ambil 3-4 Kali Sehari

Ramai saja kalangan kita yang ada masalah kesihatan namun diizinkan untuk berpuasa tapi pada masa yang sama perlu mengambil ubat.
Persoalannya bagaimana nak ambil ubat terutama jika perlu makan 2-3 kali sehari ketika bulan puasa.
Boleh ikut panduan yang diberikan oleh Public Health Malaysia ini.
Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.
Panduan pengambilan ubat di bulan puasa
KEKERAPAN | MASA PENGAMBILAN | |
SEBELUM MAKAN | SELEPAS MAKAN | |
1 x sehari |
|
|
2 x sehari |
|
|
3 x sehari |
|
|
4 x sehari | Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk kepada ahli farmasi.
|
Sumber: Public Health Malaysia